berita

Wanita Lamar Madu Untuk Suami – ‘Ada Yang Kata Perbuatan Ini Gila’

August 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Lamar madu

Jarang berlaku, seorang wanita bertindak melamar jirannya untuk bernikah dengan suaminya sendiri setelah 10 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.

Artikel Berkaitan: Caprice Hormat Isteri, Enggan Ulas Isu Poligami – ‘Jangan Tag, Saya Nak Hidup Tenang’

Artikel Berkaitan:‘Ustaz Cakap Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’ – Abang Tesla

Sanggup berkongsi kasih

Lamar madu

Memetik laporan Sinar Harian, wanita yang dikenali sebagai Chinta Arjuna itu menegaskan bahawa dia memberi keizinan untuk suaminya berkahwin kali kedua bukanlah semata-mata kerana cahaya mata walaupun sudah sedekad mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, dia ikhlas menerima madunya itu kerana mahu memuliakan dan menjaga maruah wanita tersebut.

Dia (madu) merupakan individu yang saya kenal kerana kami tinggal di kawasan perumahan sama. Semenjak dia bergelar janda, bermacam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya.

Jadi untuk menjaga maruah, saya sendiri bertanya sama ada awak nak tak berkahwin dengan suami saya.

Dalam pada itu, wanita berusia 37 tahun ini juga menyatakan bahawa perkahwinan tersebut sama sekali bukan kehendak suaminya malah dia yang bertindak melamar madunya sendiri.

Alhamdulillah, Allah permudahkan niat saya untuk membantu dia (madu). Dia dan suami pun bersetuju untuk meneruskan kehidupan berpoligami.

Pada tarikh 19 Mei lalu, saya telah menyarungkan cincin pertunangan pada jari manis si madu.

Difahamkan pernikahan kedua suaminya itu berlangsung pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka dan juga ulang tahun kelahiran suami.

Kami juga berbincang serta bersetuju untuk berkongsi tarikh perkahwinan sama iaitu pada 28 Jun yang mana ia merupakan hari ulang tahun suami.

Walaupun ada yang kata perbuatan ini gila kerana sanggup berkongsi kasih tetapi tidak bagi saya kerana Allah yang menggerakkan perasaan itu dan saya yakin itu merupakan satu keputusan tepat.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×