berita

Lelaki Dirompak & Kemaluan Dipotong Dengan Pisau

August 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Kemaluan Dipotong

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki telah dirompak dan kemaluannya dipotong oleh sekumpulan lelaki sebelum mereka melarikan diri.

Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Ditembak Pada Kemaluan, Padah Ganggu & Belasah Bekas Teman Wanita

Artikel Berkaitan: Isteri Curah Minyak Panas Pada Kemaluan Suami Ketika Nyenyak Tidur

Diserang empat individu bertopeng

Kemaluan Dipotong

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan India Today, kejadian yang berlaku di Gurugram, India itu menyaksikan mangsa iaitu Dharmendra berjalan kaki ke tempat kerja pada malam Khamis.

Menurut mangsa, dia dirompak oleh empat orang lelaki yang kemudian bertindak memotong alat sulitnya menggunakan pisau sebelum melarikan diri.

Ketika saya berada berhampiran tempat perlindungan lembu, empat lelaki bertopeng menghalang laluan saya dan meminta saya menyerahkan wang tunai serta barang berharga. Mereka juga cuba merampas.

Apabila saya melawan, seorang daripada suspek mula menyerang saya dan mengelar kemaluan saya dengan pisau.

Dalam keadaan trauma, Dharmendra menghubungi abangnya untuk mendapatkan bantuan.

Polis kemudian mengesahkan bahawa mereka menerima panggilan daripada abang mangsa yang melaporkan tentang kejadian berkenaan.

Susulan itu, mangsa berusia 32 tahun tersebut telah menerima rawatan di hospital dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Polis (Jenayah), Varun Dahita berkata pihaknya sedang mengenal pasti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berikutan suspek masih lagi diburu oleh pihak polis.

Sumber: India Today, Hindustan Times

SKIP THIS AD ×