Di Morocco, seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata telah dikejarkan ke hospital selepas wajahnya disimbah air panas oleh suaminya ketika dia sedang tidur. Perbuatan keji lelaki tersebut menyebabkan si isteri yang dikenali dengan nama Zohra berada dalam keadaan kritikal.
Hilang deria pendengaran dan percakapan
Menerusi laporan The Sun, Zohra bukan sahaja mengalami kecederaan di muka malah dia turut kehilangan deria pendengaran dan percakapan. Zohra yang juga bekerja sebagai seorang cleaner kini sedang mendapatkan rawatan di hopsital Muhammad Khamis. Menurut rakan Zohra iaitu Anisa Rasul dan Tahir Anwar memberitahu Zohra telah melakukan pembedahan kulit dan matanya. Bukan itu sahaja, Zohra juga mengalami luka akibat melecur di bahagian dada dan kaki.
Pihak hospital mengambil kulit pada pehanya dan menggunakannya untuk ditampal pada wajah Zohra. Di Maghribi, tiada perubatan penjagaan awam dan kos adalah mahal dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Disebabkan itu, Zohra amat memerlukan sokongan daripada kami sekeluarga.
Suami masih menunggu hukuman
Tambah Anisa lagi, dia amat risau dengan keadaan wanita di Maghribi memandangkan di negara tersebut banyak kes yang melibatkan keganasan terhadap wanita.
Saya melihat keganasan rumah tangga seringkali berlaku. Wanita dipukul oleh kaum lelaki tetapi apabila dilaporkan kepada pihak polis mereka hanya memandang kes itu sebelah mata dan tidak mengambil tindakan.
Menurut sumber, suami Zohra walau bagaimanpun telah ditahan oleh pihak polis dan kini masih menunggu hukuman.
Sumber: The Sun, Daily Star