Isteri kepada penyampai radio Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha menjelaskan dirinya tidak pernah masuk campur mengenai kemelut yang berlaku antara suaminya dan bekas isteri, Shakilla Khoriri.
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Dakwa Fizi Ali Culas Bayar Nafkah? – ‘Ameena Masuk Sekolah Dia Tak Tanya Pasal Uniform & Perbelanjaan’
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Ajak Fizi Ali Berdamai? – ‘Pintu Rumah Sentiasa Terbuka Untuk Awak Jumpa Anak’
Nama dipetik
Ketika ditemui OhBulan!, Zulaikha, 31, berkata dia enggan mencampuri urusan Fizi dan Shakilla kerana menyifatkan itu adalah hal peribadi antara mereka.
Menurut Zulaikha, dia meminta aktres berusia 35 tahun itu tampil dengan bukti sekiranya mendakwa dirinya adalah orang ketiga yang mencampuri urusan hak penjagaan Ameena Sofia.
Rasanya tak ada isu tentang campur tangan orang ketiga sebab saya tidak pernah masuk campur urusan Fizi dan Shakilla.
Kalau dia (Shakilla) cakap saya sebagai orang ketiga yang masuk campur dalam masalah mereka, boleh minta Fizi buktikan jika ada. Bagi saya itu hal mereka.
Kalau ada bukti sila keluarkan. Itu sahaja. Kalau itu yang dia katakan, sila keluarkan bukti tersebut.
Zulaikha ditemui ketika dia menemani Fizi di prosiding Sulh berhubung tuntutan hak penjagaan Ameena yang diadakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Rabu.
Dalam pada itu, Zulaikha akui dia ada membalas mesej yang dihantar Shakilla, namun hanya sekali sahaja disebabkan namanya dipetik oleh aktres tersebut.
Tambah Zulaikha, dia dan Fizi mempunyai bukti untuk dikemukakan bagi menafikan dakwaan campur tangan seperti yang didakwa oleh Shakilla.
Rasanya pernah sekali saya membalas mesej Shakilla itu pun disebabkan dia yang mula petik nama saya.
Kalau Shakilla kata dia ada bukti, pihak kami pun ada bukti juga. Ada sebab kenapa saya balas mesej dia.
Tetapi itu sekali saja saya membalas mesej Shakilla disebabkan dia mula libatkan diri saya. Kalau dia tak sebut nama saya, saya tidak akan balas mesej tersebut.
Sebelum ini, Shakilla memberitahu dia menyekat nombor telefon Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 37, kerana tidak mahu berkomunikasi dengan isterinya iaitu Zulaikha yang dikatakan telah masuk campur mengenai urusan penjagaan Ameena.
Kata Shakilla, dia menyekat nombor telefon Fizi kerana tidak berminat untuk berkomunikasi dengan orang ketiga.
Terdahulu, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai kes tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada bulan lalu.
Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.