Keluarga pelakon dan usahawan Fizo Omar sering menjadi perhatian warganet di media sosial. Terbaru, isteri kepada Fizo iaitu Fazeera Nazri Azrai memuat naik hantaran bersama anak tirinya, Wan Maryam di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Tengah Sarat Mengandung, Isteri Fizo Omar ‘Pulun’ Jawab Peperiksaan Semester Akhir
Anugerah terhebat
Menerusi hantaran itu, Fazeera bersyukur dengan kehadiran Maryam yang sudah mengajar dirinya tentang dunia sebagai seorang ibu.
Detik-detik berharga kita bersama, Cik Yam Umi. Terima kasih Allah atas anugerah terhebat ini!. Sebelum Khaleeda, saya banyak belajar dari awak, Cik Yam, untuk memahami dunia seorang ibu walaupun bukan saya yang melahirkan awak.
Kata Fazeera, 26, dia juga gembira melihat kasih sayang antara Maryam dan anak sulungnya, Wan Khaleeda.
Apa yang paling menggembirakan saya adalah melihat awak dan Khaleeda mencurahkan kasih sayang yang tiada penghujung antara satu sama lain.
Dalam pada itu, bekas pramugari Qatar Airways memohon maaf kerana tidak menjadi ibu yang baik namun akan sentiasa berusaha memberi yang terbaik.
Terdahulu, Fizo dan Fazeera selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana pada 21 Oktober lalu di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Mereka bagaimanapun bercerai pada Julai 2019.
Sumber: Instagram