berita

Isteri Fizo Omar Selamat Bersalin Anak Perempuan

June 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pelakon, Fizo Omar memaklumkan isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan anak sulung mereka hari ini. Perkongsian gembira itu dikongsikan oleh Fizo sendiri menerusi akaun Instagramnya. Tahniah!

Baby girl!

Menurut Fizo, isterinya selamat bersalin di sebuah hospital swasta pada pukul 12.39 pagi tadi. Tambah Fizo, isterinya bersalin dua minggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Namun begitu, bayi dan isterinya berada dalam keadaan yang sihat. Fizo turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital dan semua yang mendoakan isterinya sepanjang tempoh kehamilan dan bersalin.

Terdahulu, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang. Fizo pernah bernikah dengan usahawan Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Fizo Omar

SKIP THIS AD ×