berita

Isteri Gadai Nyawa Mahu Bersalin, Suami Seronok ‘Joli’ Dengan Perempuan Lain

September 4th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Saat melahirkan bayi merupakan detik yang paling mendebarkan bagi seorang wanita. Mereka sanggup bertarung nyawa melahirkan zuriat yang akan menjadi penyeri rumah tangga.

Namun, lain pula jadinya apabila suami sanggup meninggalkan isteri semata-mata mahu berfoya-foya dengan kekasih. Lebih memilukan, ketika itu isteri sedang bersalin anak kelima.

Suami tak pulang rumah

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Tribun News, wanita yang dikenali sebagai Ramlah daripada Desa Aji Kuning Pulau Sebatik Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara menyedari suaminya hilang tanpa khabar ketika dia sedang berjuang hidup dan mati demi anak kelimanya.

Perempuan itu harus diberi pelajaran, tega sekali dia mengambil laki orang padahal dia jauh lebih muda dari saya.

Saya tidak kenal dia siapa, yang saya tahu dia bekerja malam di tempat karaoke.

Dengan keadaan bayi yang masih merah, Ramlah hanya mampu menelefon rakan-rakan bertanyakan keberadaan suami kerana badan dan emosi yang masih belum stabil.

Jual barang kemas langsai hutang

Sekadar gambar hiasan

Memang pernah lima hari tidak pulang, alasannya masih menunggu barang penumpang, suamiku supir angkutan penumpang, belakangan baru saya tahu kalau dia tidur dengan pelakor itu, saya sempat datangi dia dulu.

Walau bagaimanapun, kesemua rakan tidak tahu di mana suami berada membuatkan dia nekad melaporkan hal tersebut kepada polis. Sebagai isteri, dia tidak tahu apa yang membuatkan suaminya sanggup meninggalkannya dengan bayi demi perempuan lain.

Kata Ramlah lagi, sebelum ini dia pernah berjumpa dengan kekasih suaminya itu dan wanita itu mengaku mahu meneruskan hubungan ke tahap perkahwinan.

Lebih memilukan lagi, sejak suaminya mempunyai kekasih baru, suami langsung tidak memberikan nafkah untuk anak. Malah, dia terpaksa menjual barang kemas untuk melunaskan hutang yang ditinggalkan suami.

Sumber : tribunnews

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×