Selepas orang ketiga membuat permohonan maaf di media sosial, giliran isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada buka mulut dengan memberi penjelasan.
Artikel Berkaitan: Athira Yuhada Dedah Hafidz Roshdi ‘Ganggu’ Sejak 9 Tahun Lalu, Mengaku Bodoh & Pentingkan Diri
Wow hebatnya awak dikejari
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shuhada menegaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Athira Yuhada tidak tepat kerana masih berhubung dengan Hafidz sehingga 25 Januari lalu.
Kata Shuhada, dia memilih menggunakan saluran yang betul iaitu dengan menyerahkan kontroversi ini kepada pihak peguam yang sudah dilantik.
Shuhada turut menekankan kepada Athira untuk tidak lepas tangan dengan menyalahkan satu pihak sahaja iaitu suaminya.
Waalaikumussalam dan terima kasih Cik Athira atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka beserta cubaan untuk meletakkan kesalahan ini pada orang lain.
Korang berdua berhubung antara satu sama lain sehingga 25 Januari 2023 di mana hanya beberapa minggu lalu. Kenyataan ini mengikut semua bukti yang saya saksikan.
Saya mempunyai semua hak untuk dedahkan kepada umum untuk lindungi keluarga saya, tetapi saya lebih suka menyerahkan segala-galanya kepada peguam dengan cara yang betul dan beradab untuk selesaikan perkara ini.
Saya sangat menasihati untuk tidak menyalahkan Hafidz sahaja kerana awak tahu itu bukan kebenaran. Jika bertepuk sebelah tangan ia tidak akan berbunyi.
Tak ada rasa bersalah?
Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Shuhada Mat Shukri berkata dia boleh memaafkan kecurangan yang berlaku namun tidak mungkin dapat dilupakan.
Ibu kepada dua cahaya mata ini mempersoalkan di mana sifat kemanusiaan dan empati Athira apabila mengkhianati kaum sendiri selama beberapa tahun.
Bagaimanapun, Shuhada enggan memanjangkan lagi isu panas ini di media sosial kerana telah melibatkan anak-anak dan keluarga yang menanggung malu.
Terima kasih sekali lagi untuk semua yang awak telah lakukan kepada saya dan anak-anak. Semoga Allah mengadili sebaik-baiknya. Insya-Allah.
Pada Sabtu, Athira mengakui dia seorang yang mementingkan diri apabila ‘tumpas’ dengan tindakan Hafiz yang cuba menghubunginya sejak sembilan tahun lalu.
Terdahulu, identiti ‘penyondol’ yang dikaitkan dengan pergolakan rumah tangga Hafidz terbongkar menerusi satu hantaran yang tular di media sosial.
Hantaran yang tular itu memaparkan tangkap layar Hafidz berbalas mesej menggunakan panggilan ‘sayang’ dengan wanita berhijab itu menerusi WhatsApp.
Sekadar info, bekas peserta program realiti, Hero Remaja 2011/2012 mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Sumber: Instagram