Gara-gara mahu memuaskan nafsu serakahnys sendiri, seorang bapa di Indonesia tergamak merogol dua anak kandungnya yang masih di bawah umur.
Bapa rogol dua anak kandung
Memetik laporan Oke News, suspek yang berusia 39 tahun melakukan perbuatan terkutuk itu ketika di bawah pengaruh alkohol dan pada saat itu, isterinya berada di rumah. Menurut sumber, suspek melakukan perbuatan tersebut terhadap dua anak kandungnya yang berusia 12 dan 14 tahun. Kejadian tersebut berlaku sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2019 dan 2022.
Mengulas lanjut, Ketua polis Pringsewu, Iptu Hasbulloh berkata, pendedahan kes itu bermula apabila ibu saudara mangsa curiga melihat tingkah laku pelik kedua-dua mangsa.
Pada awalnya kedua-dua mangsa tidak mengaku, tetapi selepas didesak akhirnya mereka memberitahu mengenai apa yang berlaku.
Susulan daripad itu, ibu saudara mangsa memaklumkan kepada ibu mangsa sebelum satu laporan polis dibuat. Difahamkan, suspek didakwa tergamak melepaskan nafsu serakahnya terhadap dua anak kandungnya kerana isterinya sedang haid dan tidak boleh melayannya.
Suspek didakwa di bawah akta perlindungan kanak-kanak, yang boleh membawa hukuman penjara 15 tahun jika disabit bersalah.
Sumber: Oke News