berita

‘Artis Pun Manusia!’ – Reen Rahim Bengang Dituduh Lari Dari Peminat

May 30th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pelakon Reen Rahim meluahkan rasa marahnya apabila dituduh seorang individu kerana tidak melayan peminat di sebuah acara jualan hanya kerana dirinya yang ke tandas.

Artikel Berkaitan: Pertama Kali Beraya Sebagai Isteri, Reen Rahim Tak Sabar Lalui Pengalaman Beraya Bersama Suami

Artikel Berkaitan: Reen Rahim Beli 6 Pasang Baju Raya, Macam-Macam Warna Ada!

Artikel Berkaitan: Reen Rahim Teruja Masak Sahur Untuk Suami, Bukan Pemalas Seperti Yang Didakwa Netizen

Saja mengelak peminat?

Menerusi perkongsian di Stories Instagram (IG), Reen atau nama penuhnya Noreen Ashikin Abdul Rahim memaklumkan dia dituduh ketika dirinya tiada di ‘booth’ di sebuah acara jualan.

Apa yang membuatkan dirinya lebih marah apabila baru-baru ini ada isu seorang artis yang dikatakan ‘sombong’ dengan peminatnya.

Kau masuk rumah aku, masuk Instagram, TikTok, Facebook aku cuba bawak adab sikit. Aku jarang-jarang layan. Tapi ini melebih. Macam ini lah artis-artis kena selalu kan?

Mungkin artis lain kena macam-macam, salah ke tak salah ke , dorang kena jaga nama dan mintak maaf juga walaupun tak salah.

Dengan aku kau silap. Kau datang elok, 10 kali elok aku sambut.

Walau bagaimanapun, Reen tampil dengan menceritakan hal sebenar bahawa dirinya masih ada di ‘booth’ sehingga lewat malam. Namun, Reen ke tandas dan bertindak untuk makan dalam keretanya kerana dia melihat tiada peminat yang menunggu di ‘booth’ ketika itu.

Sumber: Instagram @reenrahim

SKIP THIS AD ×