berita

Isteri Hidap Kanser Tahap Empat, Lelaki Ini Terharu Terima Bantuan Termasuklah Dari Seorang Dato’

August 8th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial luahan seorang suami tentang isterinya yang menghidap kanser limfoma tahap empat. Jika dilihat kepada keadaan isteri lelaki tersebut, sungguh menyedihkan.

Tambah merunsingkan, kos rawatan penyakit tersebut agak tinggi. Luahan lelaki ini menarik perhatian netizen dan telah menerima bantuan daripada pelbagai pihak termasuklah seorang dato yang agak popular namun enggan mendedahkan diri.

Luahan suami limfoma

Menurut Yusof, isterinya tidak boleh meneruskan kimo dan radioterapi lagi dan memerlukan modal bagi meringankan beban untuk mendapatkan penawar.

Rindu & terkilan

Saya rindukan suasana bersamanya di rumah sewa kami di Bandar Sri Damansara. Rindu nak kena marah dengan dia. Setiap saat ketika kami tinggal bersama-sama sebagai satu keluarga dahulu cukup membahagiakan.

Paling menyedihkan, dia langsung tidak berkesempatan untuk melihat anak kedua kami, Muhammad Adrian Mohd Yusof, 10 bulan, membesar kerana dijaga keluarga saya di Ipoh, Perak malah tidak berpeluang menyusukannya kerana penyakit itu.

Doktor maklumkan pada masa itu, isteri saya boleh hidup kira-kira sebulan saja. Sekarang sudah melepasi tempoh itu dan saya harap dia akan sembuh satu hari nanti. Rasa segan sebenarnya untuk bercerita mengenai penderitaan kami sekeluarga.

Tapi saya terpaksa kerana perlu mencari wang mengubati isteri dan perbelanjaan dua anak yang dijaga keluarga kami. Alhamdulillah sekarang ini ada pihak yang sudah menderma. Jadi ada sedikit wang untuk saya bawa isteri menjalani rawatan alternatif.

Saya takut tak sempat. Sekarang sudah tahap empat. Saya rasa macam sudah dekat, tak bawa berubat sebelum ini sebab tak ada duit. Esok saya mahu ke Jerantut untuk bawanya berubat, saya nak cari tempat terbaik untuk ubati isteri.

Ramai juga yang hubungi saya dan beritahu lokasi berubat dan ada juga yang mempromosikan makanan tambahan dan ubat-ubat lain. Tetapi kanser ini tidak semuanya sama kerana doktor katakan yang kanser isteri saya paling agresif.

Bantuan diterima dari ‘dato’

Sumber: Harian Metro Yusof Hashim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×