Ucapan isteri kepada pempengaruh Acap S iaitu Adriana Affendi bersempena kemenangan suaminya di program Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) mengundang rasa sebak dalam kalangan wargamaya.
Artikel Berkaitan: Aretoy Tunai Nazar Botak Kepala Selepas Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir MLS4
Artikel Berkaitan: Acap S Tetap Teruskan ‘Live’ Di TikTok Selepas Menang MLS4 – ‘Orang Kenal Saya Dari Situ, Lagipun Dah Sembilan Tahun Dah’
Saksi suami
Di sebalik tomahan dilemparkan netizen terhadap Acap, Adriana berkata, dia menjadi saksi suaminya melawan kata-kata negatif demi melakukan yang terbaik ketika bertanding.
Aku saksi penat lelah badan dan mental dia, untuk orang yang pertama kali mencuba dalam bidang ini (melawak).
Walaupun macam-macam tomahan diterima, dia tetap yang terbaik untuk saya. Kalau nak dicerita tak cukup, hanya Allah sahaja tahu.
Adriana berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya.
Kongsi Adriana lagi, dia sentiasa mengingatkan Acap bahawa ramai peminat yang menyokongnya.
Awak perlu tahu, biar ramai yang mencaci tapi awak kena ingat berapa ramai yang menyokong.
Terdahulu, Acap bersama kumpulan Sarkas yang dianggotai Danial Zaini dan Shashic berjaya dinobatkan sebagai juara MLS4 sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000.
Bagaimanapun, sepanjang sembilan minggu bersaing, netizen menyifatkan Acap seperti tidak berfungsi dalam kumpulan tersebut kerana tidak terlalu menyerlah dan lawak yang dibuat tidak menjadi.
Sumber: TikTok