berita

Isteri Johan Disahkan Mengandung Lagi. Tahniah!

June 12th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-12 at 11.13.37 AM

Wah! Makin meriahlah industri hiburan kita dengan kelahiran bayi-bayi comel para selebriti. Mana taknya, rasanya ramai selebriti wanita yang kini sedang hamil, malah ada juga yang sedang menghitung hari menunggu due date.

Turut berkongsi kebahagiaan yang sama, Ozlyn yang juga isteri kepada pelawak terkemuka, Johan kini disahkan mengandung lagi.

Perkara tersebut diumumkan sendiri olehnya menerusi sekeping foto yang dimuat naik menerusi laman Instagram mereka berdua semalam.

Screen Shot 2014-06-12 at 11.09.38 AM

Tengoklah sendiri gelagat Johan tu!

Menariknya, pasangan bahagia ini telah menjemput semua peminat untuk menghadiri kenduri mereka yang diadakan pada Ahad ini (15 Jun), pukul 12 tengah hari di Campbell Kompleks. Temanya ialah berjubah okay!

Haa, nampaknya keluarga Johan dan Ozlyn akan jadi lebih havoclah selepas ini. Iyalah, mereka sudah pun memiliki 3 orang anak, bila tambah lagi seorang kelak, makin riuh rendahlah rumah mereka.

P/S: Suka tengok Johan layan karenah anak-anaknya. He is a great father.

Kredit foto: Instagram Johan & Ozlyn

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×