Baru-baru ini sepasang suami isteri yang berasal dari Kelantan telah menjadi bualan hangat netizen selepas pasangan ini mendedahkan kisah peribadi mereka kepada umum. Malah apa yang lebih menarik perhatian ramai apabila seorang wanita yang dikenali dengan nama Yana telah bersuamikan seorang lelaki yang berperwatakan wanita.
Bersuamikan lelaki berperwatakan wanita
Lelaki yang dikenali dengan nama Abe Pink telah berkongsi beberapa video di TikTok menceritakan tentang transformasinya menjadi seorang lelaki berperwatakan wanita. Menurut lelaki ini, dia nekad menukar penampilannya meskipun dia sudah bergelar suami. Bercerita lanjut mengenai perkara itu, dia mengakui sudah mengubah penampilan tersebut sejak beberapa tahun lalu. Meskipun begitu, hubungannya bersama isteri dalam keadaan baik dan mereka masih bahagia hidup bersama.
Malah, Abe Pink menyatakan dia dan isteri langsung tidak terfikir untuk berpisah. Si isteri dilihat redha menerima segala kekurangan suami tercinta. Lelaki ini mengakui mungkin ini adalah ujian yang diberikan Allah SWT ke atas dirinya. Oleh itu, Abe Pink meminta orang ramai mendoakan supaya dia diberi hidayah untuk kembali ke jalan yang benar.
Tidak ku pinta punya keinginan macam ni, tidak ku minta jadi begini. Kenapa diri ini yang perlu diuji, bawa aku kembali menjadi insan yang sempurna. Kenapa diri ini yang diuji.
Nekad berubah jadi ‘Mak Nyah’
@abe_pink86? Biar Gendut Tetap Kucinta – Happy Asmara
@abe_pink86? Terdiam Sepi – Nazia Marwiana
Bersama isteri tercinta
@abe_pink86biey sayang kamu? original sound – syahrullgyan
@abe_pink86enjoy dengan isteri tercinta? SENADA CINTA Mehnaz Feat Iwan – TSIC?TBIC?ADM4 HUDHAEFA RAF
‘Keinginan melebihi kelelakian’
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen memuji Yana yang disifatkan sebagai seorang wanita yang sangat tabah kerana sanggup menerima suaminya itu seadanya.
Sumber: Abe_Pink86