Di Ipoh, seorang wanita yang dikenali dengan nama E Meeriam Rosaline mengaku dirinya sebagai isteri kedua kepada bekas Menteri Kerja Raya, Tun S Samy Vellu mendakwa tidak lagi menerima nafkah daripada suaminya sebanyak RM25 000 sebulan seperti sebelum ini.
Tidak menerima nafkah
Menerusi Harian Metro, E Meeriam Rosaline berkata dia langsung tidak bertemu dengan suaminya itu sejak Jun yang lalu di mana kali terakhir mereka berjumpa 13 Jun lalu di sebuah restoran di ibu negara. Tambahnya lagi, sejak daripada itu dia tidak menerima nafkah daripada suaminya. Tetapi ketika ditemui, kesihatan bekas Presiden MIC dilihat berada dalam keadaan yang baik.
Tapi kini saya dihalang daripada bertemunya (Samy Vellu) dan segala perhubungan termasuk melalui telefon juga disekat sedangkan saya bergantung sepenuhnya pada suami saya itu.
Saya hanya mahu berjumpa dengan suami saya kerana sebelum ini saya boleh bertemu dengannya, saya mahu suami saya menjaga saya sebagaimana janjinya sebelum ini.
Mahkamah tetapkan 17 Januari
Sementara itu, permohonan interim itu diperdengarkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hashim Hamzah di Ipoh dan telah menetapkan 17 Januari ini bagi pendengaran permohonan interim yang difailkan.
Menurut RSN Rayer yang mewakili Meeriam, sepatutnya pihaknya memfailkan permohonan interim untuk mengekalkan pembayaran nafkah tetapi ianya ditangguhkan berikutan mahkamah mahu mendengar keputusan saman yang difailkan anak lelaki Samy Vellu, Datuk Seri S Vell Paari yang dijadualkan didengar pada 17 Disember ini.
Sumber: Harian Metro, The Star