Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang lelaki bergelar suami mendedahkan berlaku perselisihan faham dengan isteri dek kerana pembahagian hibah.
Artikel Berkaitan: Suami Meninggal Dunia, Keluarga Berebut Nakkan Harta Sehingga Isteri Merempat. Mereka Lupa…
Artikel Berkaitan: Tak Puas Hati Bapa Bagi Harta Pusaka Lebih Dekat Adik, Lelaki Bunuh Warga Emas 70 Tahun
Isteri tak puas hati pembahagian hibah
Sekadar gambar hiasan
Menerusi luahan yang dikongsikan semula di platform X, lelaki yang tidak mendedahkan identiti ini memaklumkan bahawa isterinya kurang senang dengan peratus hibah yang diberikan kepadanya.
Menurut lelaki ini lagi, dia telah memberi 25 peratus hibah bagi Amanah Simpanan Berhad (ASB) dan Tabung Haji kepada isterinya.
Manakala peratus selebihnya diberikan kepada adik beradiknya yang lain. Namun bukan isterinya sahaja malah ibu mentuanya juga seakan tidak berpuas hati dengan pembahagian hibah tersebut.
Bini aku mengamuk dan mak mertua aku mesej panjang dekat WhatsApp kes sebab aku letak 25% je dekat bini aku untuk hibah KWSP, ASB dan Tabung Haji dan bagi dekat adik beradik aku peratus diorang.
Padahal bini aku tak hibah langsung dekat aku katanya nanti bini baru yang enjoy kalau ada apa-apa dekat dia, semua hibah tu pergi dekat adik beradik dia.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang senang dengan sikap wanita tersebut selain berpendapat bahawa ibu mentua sepatutnya tidak berhak mencampuri urusan rumah tangga anak lebih-lebih lagi apabila melibatkan pembahagian harta.
Ada di antara mereka turut mencadangkan agar pasangan ini berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan serius.
Sumber: Platform X