berita

Isteri Mengandung Mengidam Nak Makan Tiram Tangkap Sendiri, Suami Gigih Menyelam Dalam Laut

June 23rd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Wanita mengandung kebiasaannya akan mengalami satu fasa ‘mengidam’ dan lazimnya si suami akan sedaya upaya memenuhi permintaan isteri tersayang. Bagaimanapun, terdapat senario di mana wanita mengandung mengidam sesuatu yang ‘pelik’ sehingga sukar untuk dipenuhi.

Artikel Berkaitan: Wanita Terkejut Mengandung Sekali Lagi Ketika Sedang Berbadan Dua

Artikel Berkaitan: Mengidam Nak Makan Sate Semasa Hamil, Wanita Sebak Jiran Pula Yang Tolong Cari & Belikan, Suami…

Isteri mengidam makan tiram

Seperti video dikongsi seorang lelaki di laman TikTok, memaklumkan isterinya yang sedang hamil teringin untuk makan tiram  yang ‘ditangkap’ sendiri olehnya.  Ujar pemilik video ini, isterinya sama sekali tidak mengidam untuk makan tiram yang sedia ada dijual dan di pasaran.

Isteri mengandung mengidam makan tiram hotel, tidak.

Isteri mengadung mengidam nak makan tiram laut suami cari, ya.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat suaminya yang gigih ‘menyelam’ di dalam laut bagi mencari tiram yang diinginkan oleh isterinya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih hampir 500k tontonan dan pelbagai respon daripada wargamaya yang turut kagum dengan kegigihan lelaki berkenaan mencari tiram buat isterinya.

Video penuh:

@abang_manggis Gigih ke tengah laut untuk baby dalam perut ? #fyp #viral #mummypregnant #mummycraving #lautan #suamimithali ? DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian – MASTER RMX

Respon netizen

Sumber: abang_manggis

SKIP THIS AD ×