berita

Isteri Minat K-pop, Suami Rela Pasang Sepanduk Foto Suntingan Isteri Duduk Sebelah Sehun EXO

April 18th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang suami di Jakarta, Indonesia mendapat pujian warganet apabila menyokong minat si isteri yang ingin menyambut hari ulang tahun kelahiran penyanyi K-pop yang diminatinya dengan cara yang unik.

Foto: @insta_julid

Dalam video tersebut, lelaki itu terlihat sedang memasang sepanduk yang memaparkan suntingan gambar isterinya yang seakan-akan duduk bersebelahan dengan anggota kumpulan EXO, Sehun, manakala foto dirinya terletak jauh daripada mereka berdua.

Menurut laporan Suara.com, foto tersebut disunting dan dicetak dengan besar sempena ulang tahun kelahiran Sehun yang jatuh pada tanggal 12 April lalu. Aksi tersebut dimuat naik di laman Instagram @insta_julid yang menerangkan sepanduk itu adalah tanda sayang lelaki itu kepada isterinya.

Suami yang tidak cemburu malah menyokong minat isteri hingga sanggup mencetak sepanduk dengan konsep cinta tiga segi untuk dipasang di halaman rumah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menuai pujian ke atas kegigihan lelaki itu terutama peminat K-pop yang berasakan ia satu perbuatan yang sangat mengharukan.

Video

Sumber: Suara.com, insta_julid

SKIP THIS AD ×