Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan menyatakan bahawa dia mengetahui situasi sebenar tentang isu pergaduhan berkaitan abangnya iaitu bekas Katua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Ada Masuk Campur Masalah Privasi Keluarga’ – Musa Hassan
Artikel Berkaitan: Rizky Billar Mengaku Baling Bola Snuker Sebab Nak ‘Gertak’ Isteri?
Gembira kes ini terbongkar
Tular baru-baru ini video insiden pergaduhan yang dipercayai antara Musa Hassan dengan isterinya. Justeru, Jalaluddin Hassan tampil memberikan respon dengan menyatakan bahawa dia dan keluarga mengetahui apa yang sedang dilalui abangnya.
Saya tahu siapa abang saya dan siapa wanita itu. Saya tahu apa yang abang saya lalui selama ini.
Mengulas lanjut, difahamkan bahawa wanita itu masih lagi mengganggu walaupun Musa telah memfailkan perceraian. Bagaimanapun abangnya tetap meluahkan perasaan lega kerana konflik tersebut terbongkar.
Dia memberitahu bahawa dia gembira apabila perkara tersebut terbongkar. Dia pun sudah failkan perceraian tetapi isterinya masih lagi mengganggunya. Dia juga meminta agar isterinya itu untuk berhubung dengan peguam.
Peguam pantau komen netizen
Bekas pengacara program ‘Who Wants To Be A Millionaire’ itu, menjelaskan bahawa Musa sudah mengambil tindakan dengan melantik peguam untuk sentiasa memantau komen dan spekulasi warganet yang dilemparkan berhubung insiden itu.
Bila abang saya buat kenyataan, peguam dia sudah bersiap sedia untuk pantau segala komen netizen.
Dalam pada itu, aktor berusia 69 tahun ini juga berkongsi bahawa abangnya meminta untuk dia dan keluarga agar sentiasa cekal menghadapi apa sahaja yang berlaku akibat turut terpalit dengan isu tersebut.
Dia sebenarnya pujuk saya. Bila orang bercakap mengenai perkara itu mesti orang akan kaitkan dengan nama saya juga. Jadi dia minta untuk saya sentiasa menjadi kuat. Dia juga menghubungi adik-beradik kami dan bertanyakan keadaan mereka.
Sekadar info, kertas siasatan berkaitan kejadian yang membabitkan bekas Ketua Polis Negara dan isterinya itu telah dibuka dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Harian Metro