berita

Isteri ND Lala Dedah Wajah, Nama Penuh Penyondol Di Instagram?

April 1st, 2023 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, rumah tangga penyanyi, ND Lala dan isteri, Fauziah Sarman didakwa diganggu pihak ketiga namun kedua-dua pihak tidak mengiyakan atau menafikan.

Artikel Berkaitan: Kawan Baik Shila Amzah Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga ND Lala & Isteri?

Dedah identiti orang ketiga

Terbaru, Fauziah Sarman seakan mengesahkan spekulasi wujud ‘penyondol’ dalam rumah tangga mereka.

Menerusi hantaran di Instagram, Fauziah telah memuat naik satu foto hitam putih yang dipercayai gambar passport seorang wanita.

Dengan kapsyen ringkas, ibu kepada penyanyi Shila Amzah menulis penyondol beserta nama penuh dipercayai milik wanita terbabit.

Bagaimanapun, Fauziah membiarkan ruangan tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

Terdahulu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum ini, mahligai cinta pasangan sejoli ini dikatakan goyah, namun Shila menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×