Pada hari Sabtu, isteri kepada penyanyi ND Lala iaitu Fauziah Sarman mendedahkan identiti wanita yang didakwa menjadi penyondol dalam rumah tangga dibina.
Perkongsian itu seakan menjawab isu poligami yang pernah timbul dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: Artis Popular Didakwa Nikah Senyap-Senyap, Isteri Baharu Jauh Lebih Muda?
Artikel Berkaitan: Isteri ND Lala Dedah Wajah, Nama Penuh Penyondol Di Instagram?
Kawan baik jadi penyondol?
Penyanyi Shila Amzah pernah memuat naik hantaran mengenai orang ketiga itu di Instagram Stories. Berdasarkan kapsyen yang ditulis, Shila, 33, mencari wanita yang bernama Siti Munirah Abd Ghani.
Jelas pemilik nama Nurshahila Amir Amzah, Siti Munirah adalah rakan baiknya ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah.
Meskipun tidak memperinci tujuan sebenar, pelantun lagu Patah Seribu menyatakan ‘ini antara hidup dan mati.’
Pada akhir Februari, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.
Isteri baharu pelakon ini dikatakan masih muda dan jarak usia antara mereka sangat jauh. Difahamkan, penduduk berdekatan tempat tinggal mereka mula mengesyaki sesuatu apabila sering melihat artis berkenaan kerap berada di kawasan tersebut.
Sumber: Instagram