Selepas melakukan pendedahan identiti penyondol, isteri pelakon dan penyanyi era 1980-an, ND Lala iaitu Fauziah Sarman hadir di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, hari ini (Isnin).
Artikel Berkaitan: Kawan Baik Shila Amzah Jadi ‘Penyondol’ Rumah Tangga ND Lala & Isteri?
Artikel Berkaitan: Isteri ND Lala Dedah Wajah, Nama Penuh Penyondol Di Instagram?
Fail penceraian?
Memetik laporan Harian Metro, tujuan Fauziah hadir ke mahkamah kerana mahu memfailkan perceraian.
Ditanya mengenai dakwaan ND Lala bernikah lagi satu dengan wanita dikenali Siti Munirah Abd Ghani, Fauziah meminta agar soalan itu ditanyakan kepada suaminya.
Tak tahu. Lebih baik tanya pada abang ND sendiri. Dia yang tahu.
Fauziah yang hadir mengenakan jubah berwarna hijau gelap kelihatan sugul, namun tetap tersenyum dan lebih banyak berdiam diri.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa dia berbuat begitu, Fauziah dilihat berada dalam keadaan sebak.
Entahlah, tak boleh nak cakap.
Sementara itu, Effi yang menemaninya berkata, bukan mudah untuk kakaknya membuat keputusan permohonan cerai itu memandangkan usia perkahwinan yang sudah lama dibina dan rasa sayang di hati.
Usia perkahwinan mereka 34 tahun. Sayang mesti sayang dengan rumah tangga yang dah lama. Tapi, itulah keadaan mungkin, kita tak tahu kan macam mana. Doakan yang baik-baik saja.
Saya dan kakak ada di sini hari ini secara tiba-tiba. Kakak saya pun sebenarnya berat nak buat keputusan macam ini. Tapi, itulah hati perempuan kan.
Sebelum itu, Fauziah hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Seksyen 16, di sini, bersama adik perempuannya, Effi bagi urusan berkenaan, namun diminta ke mahkamah untuk berbuat demikian.
Pada Sabtu lalu, Fauziah berkongsi foto wanita yang didakwa menjadi penyondol dalam rumah tangga dibina.
Pada akhir Februari, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.
Isteri baharu pelakon ini dikatakan masih muda dan jarak usia antara mereka sangat jauh. Difahamkan, penduduk berdekatan tempat tinggal mereka mula mengesyaki sesuatu apabila sering melihat artis berkenaan kerap berada di kawasan tersebut.
Sumber: Harian Metro