berita

Isteri Oh Isteri! Gigit Zakar Berang Suami Tak Halau Tikus

October 8th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap rumah tangga pastinya akan diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Namun ini kisah berbeza yang berlaku di Bandar Kitawe, Zambia apabila si isteri bertindak mengigit zakar suaminya.

Akibat tikus

Gambar sekadar hiasan

Ketika kejadian si isteri yang dikenali Mukupa, 40 tahun bertindak mengigit zakar suaminya Abraham Musonda, 52 tahun yang enggan mengeluarkan tikus dari bilik tidurnya. Mukupa ketika itu baru sahaja pulang dari berjumpa dengan kawan-kawannya.

Sebelum kejadian mengigit zakar itu, pasangan ini sempat bertengkar mengenai kehadiran tikus itu. Mukupa ketika itu, berasa tidak selesa dan tidak dapat tidur setelah tahu akan kehadiran tikus tersebut. Insiden mengigit zakar itu menyebabkan Abraham menjerit dan menangis akibat menanggung kesakitan.

Dikejarkan ke hospital

Gambar sekadar hiasan

Abraham telah dikejarkan ke Hospital Kitwe untuk mendapatkan rawatan lanjut setelah insiden itu berlaku. Menurut pihak polis, walaupun pasangan ini duduk sebumbung, tetapi mereka duduk di bilik yang berasingan.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×