Sebelum ini, viral kisah seorang pelawak dan isterinya direman dua hari bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.
Artikel Berkaitan: ‘Ya, Memang Saya Yang Ditahan Reman Bersama Isteri’ – Mamat Sepah
Artikel Berkaitan: Pelawak Berusia 38 Tahun & Isteri Direman Bantu Siasatan Kes Sebar Maklumat Dalaman Polis
Artikel Berkaitan: Mamat Sepah & Isteri Syukur, Tak Berkait Kes Penyebaran Maklumat – ‘Tiada Bukti Ditemui Dalam Telefon Kami’
Dikenakan tindakan tatatertib
Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, isteri kepada pelawak yang juga anggota polis akan dikenakan tindakan tatatertib susulan penyebaran maklumat.
Menurut Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, kertas siasatan sudah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada 25 Julai lalu.
Ujar Mohd Iqbal lagi, setakat ini, tiada sebarang pertuduhan akan dibuat ke atas pelawak itu dan isterinya.
Bagaimanapun, isterinya akan diambil tindakan oleh jabatan.
Terdahulu, telefon bimbit pelawak dan isterinya itu turut dirampas bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Sumber: Harian Metro