Isteri kepada pemain bola sepak Indonesia, Pratama Arhan iaitu Azizah Salsha tampil menjernihkan keadaan selepas timbul dakwaan dia berlaku curang terhadap suaminya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘5 Tahun Saya Diamkan Diri Tak Cerita Dekat Keluarga & Sahabat, Ingat Dia Akan Berubah’ – Cut Intan Nabila
Artikel Berkaitan: Bekas Kekasih Sebelum Jadi Pelakon Dakwa Amir Ahnaf Pernah Curang? – ‘Awak Ingat Awak Ada Rupa, Orang Boleh Tertarik?’
‘Fitnah’
Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, Azizah menegaskan rumah tangga mereka berada dalam keadaan baik.
Malah, dia berharap orang ramai tidak menyebarkan berita yang tidak sahih sehingga mengundang fitnah.
Terima kasih banyak untuk semua perhatian dan doa yang sudah disampaikan untuk saya dan suami. Saat ini rumah tangga kami dalam keadaan baik-baik sahaja.
Kami berharap jangan menyebarkan berita bohong atau fitnah di luar sana yang tidak sesuai dengan faktanya.
Dalam pada itu, Azizah meminta orang ramai menitipkan doa untuk dia dan suami selain memberikan mereka sedikit ruang untuk bertenang.
Mohon doa terbaik untuk kami berdua dan mohon berikan kami privasi dalam waktu ini.
Mohon maaf atas kegaduhan (kekecohan) yang terjadi. Terima kasih atas perhatian kalian.
Terdahulu, kecoh apabila ada dakwaan mengatakan Azizah berlaku curang terhadap suaminya apabila dia didakwa menjalin hubungan dengan dua lelaki.
Perkara tersebut menjadi kecoh selepas tular tangkapan skrin layar didakwa perbualan antara Azizah dengan skandalnya.
Sumber: Instagram