berita

‘Isteri Saya Seorang Ibu Yang Penyayang’- Suami Dedah Sikap Isteri Kelar Anak Berusia Tujuh Bulan

June 18th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Baru-baru ini kes menyedihkan berlaku kira-kira 8.40 malam semalam apabila seorang ibu mengelar anaknya yang baru berusia tujuh bulan di ruang tamu rumahnya di Felda Jengka 13. Menurut suami, pada hari kejadian dia sepatutnya membawa isterinya berubat dengan seorang pengamal perubatan Islam di rumah kakaknya tetapi malangnya perkara tragis itu berlaku lebih awal. Suaminya juga turut mendakwa si isteri menunjukkan sikap aneh.

Isteri hanya memandang ketika anak berlumuran darah

Suami mendakwa isterinya yang berusia 31 tahun sering termenung serta mendengar suara orang berbisik kepadanya sejak Mei lalu. Mereka sepatutnya keluar berubat dengan seorang pengamal perubatan Islam di rumah kakaknya di Jengka kira-kira 9 malam tetapi perkara tragik itu berlaku lebih awal.

Saya menidurkan anak sambil menonton perlawanan bola sepak di televisyen manakala isteri berada di dalam bilik tidur kerana mengaji selepas selesai menunaikan solat maghrib.

Memang menjadi kebiasaan, saya akan menidurkan anak dan isteri akan membawa anak masuk ke bilik selepas solat. Saya berasa curiga apabila mendengar suara rengekan anak kerana setahu saya, dia sudah tidur.

Saya terus ke bilik dan nampak isteri sedang mengelar leher anak. Saya tolak isteri dan menjerit meminta tolong…Isteri hanya memandang sahaja semasa saya mengambil anak yang berlumuran darah.

Syukur dua lagi anak ikut datuknya beraya

Beliau berkata seorang daripada jirannya membantu menghantar anak ke Hospital Jengka, tetapi dimaklumkan bahawa anaknya sudah meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital. Sebelum ke hospital, beliau meminta adiknya yang sedang bercuti raya di rumah keluarga yang terletak berhampiran supaya melihat serta menjada isterinya yang dilihat masih tidak tahu apa sedang berlaku.

Saya bersyukur dua lagi anak lelaki berusia tujuh dan lima tahun tidak berada di rumah kerana mengikut datuknya beraya ke Triang. Jika tidak pasti mereka trauma melihat kejadian itu.

Anak kini berada di bawah jagaan adik kerana saya tidak mahu mereka pulang ke rumah. Jika tidak pasti mereka akan mencari ibu dan adik mereka, terutamanya anak kedua kerana mereka begitu rapat.

‘Anak memang rapat dengan isteri’- Suami

Tambah beliau, adiknya juga memaklumkan bahawa isterinya telah ditahan polis malam semalam ketika beliau masih berada di hospital.

Awal pagi ini, beliau telah ke balai polis untuk berjumpa dengan isterunya dan mendakwa isterinya masih tidak mengetahui kejadian yang telah berlaku. Isterinya juga turut banyak mendiamkan diri.

Dia tanya kenapa sambil memandang gari di tangannya. Tapi dia langsung tidak bertanya tentang anak-anak. Sedangkan sebelum ini, anak memang rapat dengannya kerana isteri tidak bekerja.

Dia juga memang manjakan anak-anak…kalau saya marah anak, dia akan marah saya semula. Memang tak jangka kejadian begini boleh berlaku pada keluarga saya kerana isteri saya seorang ibu yang penyayang.

Jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jengka 13 hari ini, selepas selesai bedah siasat.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×