Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan mengenai sebab-sebab yang membolehkan isteri meminta cerai daripada suami.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Soal Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai
Artikel berkaitan: [VIDEO] Boleh Ke Tanam Jenazah Jauh Daripada Kubur Lain? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Lima sebab isteri boleh minta cerai
Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Azhar menyatakan dalam sebuah hadis, isteri yang sengaja meminta cerai daripada suami kerana hal remeh-temeh adalah berdosa.
Sebaiknya jangan minta cerai dan jangan minta bermadu. Jangan suruh suami kita nak bermadu. Tiba-tiba dia bermadu juga. Bila bermadu kita minta dengan Allah supaya Allah jadikan suami kita adil dan jadikan diri kita sabar. Itu yang terbaik.
Dengar baik-baik ada satu hadis ‘mana-mana isteri yang sengaja minta cerai daripada suaminya tanpa kejahatan suaminya, maka haram untuknya mencium bau syurga’.
Menurutnya, terdapat lima sebab seorang isteri boleh meminta cerai daripada suami.
Tetapi kalau nak minta cerai yang tak berdosa ada lima sebab. Yang pertama, suami tidak beri nafkah dan abai nafkah. Yang kedua, suami mendera sepak terajang, pecah muka, berdarah hidung. Ada juga suami jenis perangai buruk gitu.
Yang ketiga suami melarang yang wajib. Dilarangnya tutup aurat, larang sembahyang contohlah. Yang keempat, suami suruh buat yang haram. Suruh ajak macam-macam benda yang mengarut. Yang haram pada syarak.
Dan yang kelima, suami dipenjara. Kebanyakan negeri di Malaysia minimal tiga tahun penjara jadi kalau ada salah satu sebab ini kita minta cerai tidak berdosa kerana hak kita kalau lain daripada itu sabarlah.
Dalam pada itu, Ustaz Azhar berpesan untuk tidak mengambil ringan tentang isu perceraian kerana bimbang tidak diampunkan dosanya.
‘Minta cerai benda-benda kecil yang remeh-temeh dan sebagainya takut-takut masuk dalam hadis tadi. Kita bimbang tak cium bau syurga.
Neraka ni bukan sahaja menyakitkan, dia menghodohkan. Perempuan paling cantik dalam dunia letak dalam api sepuluh minit jadi hodoh. Jangan derhaka.
Sumber: TikTok