berita

Isteri Tak Boleh Hamil, Lelaki Sanggup Perkosa Anak Tiri Sehingga 2 Kali Lahirkan Bayi

June 1st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Bucharest, Romania, seorang lelaki tergamak merogol anak tirinya demi memiliki zuriat. Lelaki yang dikenali sebagai Augustin Costel Varga didakwa melakukan perbuatan tersebut selepas dia dan isteri gagal mempunyai zuriat sendiri. Lebih menyedihkan, anak tirinya sudah melahirkan dua bayi hasil perbuatan terkutuk tersebut.

Isteri mengalami masalah kesuburan

Menerusi laporan The Irish Sun, Augustin sudah ditahan oleh pihak polis sejak tahun lalu dan kini dia dipenjara dua tahun atas kesalahan yang dilakukan. Menurut laporan, dia sangat mahukan zuriat namun, isterinya mempunyai masalah kesuburan. Oleh itu, dia bertindak merogol anak tirinya yang berusia 12 tahun sejak 2014.

Hasil perbuatan terkutuk tersebut, anak tirinya disahkan hamil dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada tahun 2015. Menyedari perbuatan tersebut, pihak hospital telah membuat laporan polis sehingga Augustin dan isterinya hilang hak jagaan terhadap gadis tersebut.

Mengulangi perbuatan yang sama

Pihak polis telah meletakkan Augustin di bawah pengawasan selama dua tahun namun, dia masih mengulangi perbuatan tersebut. Anak tirinya sekali lagi dilaporkan hamil dan mengakui bapa tirinya itu merupakan ayah kandung kepada bayi yang baru dilahirkan pula. Setakat ini, remaja perempuan tersebut bersama dua anaknya ditempatkan di pusat perlindungan.

Sumber: The Irish Sun

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×