Gambar sekadar hiasan
Seorang abang tergamak merogol adik kandungnya sendiri sejak tujuh tahun lalu dan kini mangsa disahkan hamil dua bulan serta mengalami trauma.
Artikel Berkaitan: Remaja Dirogol Bapa, Lagi Sebulan Nak Bersalin – ‘Dah Cerita Tapi Mak Tak Percaya, Bapa Siap Ugut Sebar Video’
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Kereta Pun Dia Buat..’ – Pelajar Bongkar Takut Balik Rumah Sebab Sering Jadi Mangsa Seks Bapa Kandung
Artikel Berkaitan: Bapa Tiri Bakal Hadapi Hukuman Penjara 830 Tahun, Berdepan 32 Pertuduhan Termasuk Rogol Anak
Adik jadi muram & pendiam
Gambar sekadar hiasan
Perbuatan terkutuk suspek yang berusia 19 tahun itu terbongkar selepas ibu bapanya berasa curiga apabila melihat mangsa yang sering kelihatan muram dan pendiam hampir setiap hari.
Ibu bapa mereka curiga dengan mangsa dan ada bertanyakannya. Tidak tahan dengan apa yang terjadi, mangsa akhirnya memberitahu hal sebenar kepada ibu bapanya dan segera melaporkan perbuatan abangnya kepada polis.
Susulan itu, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suspek di kediamannya yang terletak di Daerah Rappocini, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Jumaat.
Menurut pihak polis lagi, suspek merogol adiknya itu sejak tahun 2016 hingga Februari 2023.
Suspek masih menjalani proses pemeriksaan intensif di Ibu Pejabat Polis Makassar untuk bertanggungjawab di atas perbuatannya.
Sementara itu, mangsa yang berusia 16 tahun tersebut akan menjalani sesi kaunseling bagi membantunya menghadapi trauma yang dialami.
Kini, mangsa di tempatkan dibawah Unit Pelaksanaan Teknikal Wilayah (UPTD) Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) di Kota Makassar.
Sumber: Kompas.com