berita

Isteri Tak Suka Mandi, Suami Nekad Ceraikan Talak 3

September 28th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara isteri dipercayai jarang mandi, seorang lelaki dari Uttar Pradesh, India dilaporkan mahu menceraikan isterinya selepas dua tahun berkahwin. Difahamkan, pasangan ini akan bertengkar jika si suami menyuruh isterinya untuk mandi.

Berulang kali beri nasihat untuk mandi

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Oddity Central, lelaki berkenaan menjelaskan dia sudah berulang kali meminta isterinya mandi namun permintaan tersebut sama sekali tidak diendahkan dan akan berakhir dengan pergaduhan. Susulan daripada itu, si suami didakwa melafazkan cerai talak tiga kepada isterinya walaupun sudah mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun.

Lelaki berkenaan semasa sesi  kaunseling, berulang kali dan menegaskan bahawa dia ingin bercerai dengan isterinya. Dia juga memberikan permohonan kepada kami untuk membantunya bercerai dengan isterinya kerana tidak mandi setiap hari.

Bagaimanapun, si isteri enggan untuk dilepaskan dan meminta bantuan daripada Sel Perlindungan Wanita bagi membantunya menyelamatkan rumah tangga itu.

Kami berusaha menasihati lelaki itu agar tidak menceraikan isterinya kerana ia adalah masalah kecil yang boleh diselesaikan. Kami juga menjelaskan penceraian yang berlaku akan memberi kesan terhadap anak mereka.

Permohonan si isteri kepada Sel Perlindungan Wanita tidak dapat diteruskan bagaimanapun, organisasi tersebut berharap pasangan ini dapat selesaikan masalah tersebut dengan bantuan khidmat kaunseling.

Sumber: Oddity Central

SKIP THIS AD ×