Pelakon, Ikmal Amry mendedahkan isterinya, Najla Shamsul sebenarnya kurang selesa melihat dirinya terlalu kerap menayang badan di media sosial mahupun dalam sesetengah naskhah lakonannya.

Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Imbas Pengalaman Pernah Dicabul – ‘Dia Pusingkan Muka Saya, Nak Cium & Pegang Bawah’

Kurangkan tayang badan

Menurut Ikmal, 31, dia menerima pandangan dan nasihat daripada isterinya selain cuba memperlahankan perkongsian berkaitan fizikal dirinya di media sosial.

Isteri saya sebenarnya tidak suka bila saya tayang badan. Selepas kahwin memang ada beberapa perkara yang dia nasihatkan kepada saya. Saya ikut nasihat dia dan cuba berubah sedikit.

Ikmal berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem The Furious: Pertaruhan Maruah di GSC Mid Valley, pada Selasa.

Tambah pelakon drama From Saga With Love itu, dia kini lebih berhati-hati dan hanya akan membuka baju jika benar-benar diperlukan untuk tuntutan watak tertentu sahaja.

Sebagai contoh, saya sertai Hyrox sebanyak sembilan kali, tetapi hanya empat daripadanya saya buka baju. Selebihnya saya pakai baju biasa.

Selepas ini kalau tayang badan pun mungkin hanya dalam filem, bukan lagi di media sosial. Tetapi saya memang berada dalam bidang itu dan ada ketika tak boleh dielakkan.

Saya pun sekarang dalam fasa mahu ‘slow down’ sebab sampai bila sahaja kita akan ada badan cantik macam ini.

Dalam masa sama, bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, komen nakal mengenai bentuk tubuhnya bukan sesuatu yang asing kerana sudah diterima sejak sebelum berkahwin lagi.

Komen fasal badan ini memang saya dah lama terima. Bila buat naskhah aksi, sudah tentu orang akan kaitkan dengan fizikal dan kecergasan, badan memang kena nampak cantik.

Kalau cerita tentang sukan boxing misalnya, memang kena buka baju sebab itu kehendak watak. Tetapi kalau di Instagram atau masa bersukan saya buka baju, itu kehendak sendiri. Saya minta maaf kalau ada rasa kurang selesa.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai cabaran menjayakan watak Nik Danial dalam filem The Furious: Pertaruhan Maruah, Ikmal mengakui babak pertarungan bersama Zul Ariffin antara yang paling mencabar.

Babak paling susah adalah ketika berlawan dengan abang Zul Ariffin. Dia memang sangat kuat dan setiap tumbukan dia memang terasa. Tetapi kami semua memang sudah dilatih untuk ‘makan’ penumbuk.

Semua adegan yang orang nampak itu memang betul, bukan acah-acah. Kalau balik rumah memang akan nampak kesan merah-merah dekat badan.

Selian Ikmak dan Zul, The Furious: Pertarihan Maruah turut dibintangi Sky Iskandar, Marissa Yasmin, Zamarul Hisyam dan ramai lagi.