Sekadar gambar hiasan
Seorang guru tahfiz yang telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat seorang remaja lelaki sebanyak tiga kali.
Cikgu liwat pelajar asrama
Sekadar gambar hiasan
Tertuduh, 27, didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun. Tertuduh yang juga merupakan warden asrama tahfiz itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah unit asrama di sekolah agama di Benut, Pontian pada Julai dan November tahun lalu, serta Mac tahun ini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadilah Johanuddin memohon diikat jamin RM20,000 dengan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes mahkamah selesai selain perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran dan menyerahkan pasportnya ke mahkamah. Peguam, Omar Kutty Abdul Aziz meminta jumlah ikat jamin yang lebih rendah kerana tertuduh berpendapatan sederhana.
Gaji bulanannya RM1,800 dan dia perlu menjaga isterinya yang kini hamil anak pertama.
Mahkamah menetapkan jaminan RM18,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin. Hakim juga membenarkan permintaan tambahan pihak pendakwaan.
Sebutan semula kes dan penyerahan dokumen akan berlangsung pada 23 Julai ini.
Sumber: The Star