Sekadar gambar hiasan
Setiap manusia mempunyai hobi yang berbeza-beza seperti mengumpul barangan antik, membuat koleksi jam tangan, pakaian dan sebagainya.
Namun berbeza pula dengan seorang lelaki ini apabila dia didakwa mengumpul najis miliknya di dalam beberapa balang.
Simpan koleksi cirit-birit
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Daily Star, seorang wanita mendedahkan dia sangat terkejut melihat koleksi najis milik suaminya. Menurut wanita ini, dia hanya mengetahui mengenai rahsia suaminya itu ketika mengemas pantri di dapurnya. Ketika sibuk membersihkan almari, dia ternampak 14 buah balang yang berisi pelbagai jenis cecair berwarna coklat.
Perasaan ingin tahu membuatkan wanita ini nekad membuka balang tersebut dan alangkah terkejutnya apabila dia menghidu bau yang sangat busuk. Rupa-rupanya cecair ‘busuk’ yang terdapat dalam balang tersebut adalah najis cirit-birit milik suaminya.
Baunya sangat busuk sehinggakan saya masih dapat merasa seperti terbakar di dalam tekak saya.
Lebih pelik apabila dia mendakwa suaminya itu menyusun kesemua balang tersebut mengikut turutan kepekatan warna iaitu dari warna coklat hinggalah ke warna hitam. Dakwa wanita ini lagi, dia tidak menyangka bahawa suaminya mempunyai ‘hobi’ pelik begitu. Menurut wanita ini lagi, meskipun dia tahu suaminya itu menghidap sindrom Irritable Bowel Syndrome IBS (masalah usus besar) namun dia masih tidak sangka suaminya sanggup membuang air besar di dalam sebuah balang.
Sumber: Daily Star