Sekadar gambar hiasan
Tidak terungkap betapa luluhnya hati seorang wanita apabila mengetahui kisah silam suaminya yang pernah berlaku curang di belakangnya. Lebih menyakitkan apabila segala kebenaran itu terbongkar selepas setahun melayari bahtera perkahwinan.
‘Suami kata tu bukan anak dia’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi luahan yang dimuat naik di platform X, wanita terbabit mengakui dia hanya mengetahui tentang perkara itu selepas menemui bil-bil lama milik suaminya ketika mengemas rumah, termasuk bil hospital untuk rawatan keguguran dan rawatan psikologi.
Disebabkan rasa curiga mula menyelubungi dirinya, dia kemudian memeriksa nombor telefon yang tertera pada bil tersebut dan hasil carian mendapati suaminya pernah berhubung dengan seorang wanita.
Aku dah berkahwin hampir setahun selepas 4 tahun menyulam cinta. Dua bulan lepas, aku periksa bil-bil lama suami aku sebelum nikah, aku terjumpa bil bayaran hospital untuk wanita keguguran dan rawatan psikologi.
Rupa-rupanya, ketika mereka bergaduh dua tahun lalu, suaminya berkenalan dengan wanita itu dan akhirnya terlanjur hingga wanita tersebut hamil.
Perempuan tu minta suami aku untuk bertanggungawab tapi suami aku tak nak sebab kami dan bertunang. Perempuan tu merayu tapi suami aku kata tu bukan anak dia.
Perempuan tu cakap suami aku tahu yang dia adalah orang pertama dan siap hantar gambar darah dara pecah sewaktu diorang bersama. Suami aku tetap cakap tu bukan anak dia.
‘Dia hilang mak ayah, dara dan hilang anak’
Sekadar gambar hiasan
Dalam perbualan lama yang ditemui oleh isteri, suaminya akhirnya membantu membayar rawatan hospital ketika wanita itu mengalami keguguran akibat terlalu penat bekerja selepas dihalau oleh keluarganya.
Suami aku minta maaf, perempuan tu kata benda dah jadi. Maaf pun tak guna dah, dia hilang mak ayah, dara dan hilang anak.
Apa yang lebih mengejutkan, suaminya mengungkit tentang masa lalu isterinya, di mana isterinya itu juga pernah kehilangan dara sebelum berkahwin. Wanita ini meluahkan rasa kecewa terhadap kata-kata tersebut walaupun dia mengakui kesilapan masa lalunya.
Dia minta maaf sebak rosakkan anak dara dan dia cakap nanti ada lelaki yang akan terima dia yang tak ada dara macam mana dia terima aku yang tak ada dara ni.
Ya memang dia tahu yang aku tak ada dara dan dia tak pernah sentuh aku sepanjang kami bercinta. Aku juga pernah terlanjur dan tertipu dengan lelaki yang mahukan seks semata-mata.
Menurut wanita itu, suaminya kali terakhir berhubung dengan wanita tersebut pada tahun lepas, di mana wanita itu mengucapkan terima kasih buat kali terakhir. Sejak itu, mereka tidak lagi berkomunikasi.
Sumber: X Meinmokhtar