Penyanyi Ariff Bahran menyambut ulang tahun kelahiran ke-27 pada 15 Januari.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ariff Bahran Bangga Dapat Beli Kereta Porsche Hasil Main ‘Trading’ – ‘Kepada Yang Menghina Aku Dahulu, Terima Kasih’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Baru Tahu Istilah Swinger, Sangat Menggelikan’- Ariff Bahran
Dah dua anak
Bersempena hari bermakna itu, isteri kepada Ariff iaitu Myra Ridzuan menitipkan ucapan istimewa buat suami tercinta.
Myra menyifatkan Ariff seorang suami terbaik dan bersyukur di atas kasih sayang yang diberikan sepanjang mereka berkahwin.
Selamat ulang tahun ke-27 buat suamiku yang terbaik. Awak adalah anugerah terindah dalam hidup saya dan bapa yang penyayang kepada anak-anak kita.
Terima kasih atas pengorbanan dan kerja keras yang tidak putus awak berikan kepada keluarga kita untuk hidup selesa serta bahagia.
Awak juga telah banyak mengubah hidup saya, saya amat bersyukur. Awak juga adalah kekuatan saya,
Saya akan terus berada di sisi awak, menyanyangi awak hari ini, esok dan hari-hari akan datang.
Myra berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram beserta beberapa foto memaparkan momen manis mereka sekeluarga.
Pun begitu, netizen turut tertumpu dengan dua cahaya mata Ariff yang bernama Luth dan Layla.
Netizen berseloroh mengatakan tidak menyangka pelantun lagu ‘Kata Akhirmu’ itu kini sudah menjadi bapa kepada dua anak.
Sekadar info, Ariff mendirikan rumah tangga dengan Myra pada September 2021, namun penyanyi itu mengumumkan berita pernikahan kepada umum tiga bulan kemudian.
Sumber: Instagram