berita

Isteri Yang Menderita – Doktor Kecewa Ramai Suami Menidakkan Rawatan Untuk Isteri Penghidap Kanser Payudara

February 17th, 2017 | by Hanis Aliaa
Kini Trending

HEADERSebagai seorang isteri memang wajib untuk patuh dengan suami. Namun, wajarkah bagi seorang suami untuk menidakkan hak seorang isteri mendapatkan rawatan jika dia sakit?

Seorang doktor berkongsi rasa kecewanya bila banyak kes pesakit kanser payudara peringkat awal tidak mahu menjalani pembedahan kerana suami tak bagi keizinan.

Biar isteri menderita tanggung sakit.

1

Assalamualaikum…. Rasa nak bercerita pengalaman dan berkongsi rasa kekecewaan saya semalam semasa klinik pesakit luar surgery (SOPD ).

1. Pesakit pertama: Seorang wanita pertengahan umur, sangat kurus. Saya belek2 tiket pesakit tu.. Stage 4 breast cancer with lung mets. Seen in clinic 2014 with stage 3 disease tapi defaulted… Saya tanya kenapa x datang untuk operation. Katanya suami x bagi… Kenapa suami x bagi? Ntahla doktor…. Ni suami kat mana? Ada kat luar.

Serasa nak panggil suaminya tu dan tanya kenapa tapi dah boleh agak jawapannya sama mengecewakan…. Pendapat saya suami ni x bertanggungjawab. Buat keputusan utk badan isteri dan biarkan dia menanggung sendiri kesakitan.

Sekarang dgn stage 4 disease, Ulceratio of both breast.. Last chance for her is chemotherapy… But she denied it.
Saya tanya kenapa? Ntahlah suami x bagi jugak. Suami lagi.

Sebelum balik saya pesan pada pesakit ni, kalau sakit, susah nafas any problem datang hospital. Dia kata sekarang saya ok doktor… Nanti kalau husband saya setuju saya ambik chemotherapy tu ye doktor
SEMPAT ke?

Takut nak buat operation.

2

2. Pesakit kedua: Datang hujung tahun lepas dgn stage 3 disease.. Tiket lama x jumpa, menurutnya masa tu dalam 5 cm dan masih boleh digerakkan.
Dinasihatkan untuk operation tapi lari sbb takut. Kawan2 pulak nasihat suruh pergi alternative medicine.
SEKARANG?

Breast makin membengkak, dan x boleh digerakkan… X sesuai untuk operation. Dan dah ada ketulan di payudara sebelah.CT scan- ada metastasis to liver and bone… Alahai!
Saya sanggup ambk chemotherapy sekarang.. Saya menyesal doktor. Dulu masa tarikh operation tu husband saya ada operation jgk… Last2 dua2 x jadi…

HUSBAND lagi…

Saya terangkan sekarang rawatan adalah palliative bukan curative lagi… Takpelah doktor.
Husband hanya mengintai di sebalik langsir tak berkata apa2.

Suami kena bertanggungjawab kepada isteri.

3

Pesakit ke3; wanita muda x sampai 40 pun. Datang dgn ketulan payudara yg sangat suspicious. Segera saya arahkan junior doktor untuk ambik biopsy, Buat ultrasound dan jumpa semula dalam masa 2 minggu.. Kalau negative pun saya pesan pada pesakit untuk buang jugak ketulan tu.
Sempat saya berpesan: JANGAN LARI ye!

Tahukah anda apa perkara yang paling menggembirakan seorang doktor? Apabila pesakitnya sihat dan mengikut rawatan dengan betul. Kami bukan tuhan, tapi kami cuma berusaha menolong pesakit dgn ilmu cetek yg kami dpt selama 5-7 tahun belajar.

Untuk suami… Bertanggungjawab kepada isteri anda… Jika dia sakit bawa kepada tempat yg betul utk rawatan dan jgn denied haknya kepada badannya sendiri.Bila dia sakit, dia yg menanggung bukannya suami.
Dah byk kes yg saya jumpa… Breast cancer peringkat awal… Tolak op sbb suami x kasi… Bila dtg balik dah teruk.. Masa tu dah kena cerai dgn suami… Nak kata apa?

Moga perkongsian ini jadi teladan buat suami-suami di luar sana untuk jadi lebih bertanggungjawab.

Kredit : Masyarakat Kena Tahu (Ori)

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×