Baru-baru ini, nama isteri kepada Yonnyboii iaitu Nik Nazira sekali lagi terjerumus dalam bualan netizen apabila didakwa ‘culture shock’ selepas berkahwin dengan penyanyi tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Yonnyboii Makin ‘Seksi’, Netizen Dakwa ‘Culture Shock’
Netizen tak kenal saya
Ketika dihubungi, Nazira menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan itu adalah penampilan dirinya sejak dari zaman kolej.
Kata Nazira, 22, dia selesa menjadi diri sendiri biarpun sedar sering menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.
Saya hanya menjadi diri sendiri… mereka yang kecam itu mungkin tak tahu atau tak kenal siapa saya. Imej saya ini bukan sebab kahwin dengan Yonnyboii.
Tapi memang dari dulu, waktu kolej pun saya pakai seperti ini. Bagi saya, apa saja saya buat mesti akan nampak salah di mata netizen.
Tambah personaliti media sosial itu, dia telah dinasihati oleh suami tercinta untuk tidak membaca komen bagi mengelakkan emosi terganggu.
Yonny pun minta saya jangan baca komen. Saya pun tak baca dan kehidupan gembira saja. Jadi, biarlah netizen nak kata apa pun. Mereka kutuk, saya dapat pahala.
Banyak buat hal sendiri
Dalam pada itu, pemilik nama Nik Nazira Narriman menegaskan dia bukan individu yang suka meraih perhatian daripada warganet.
Bagaimanapun, dia memohon maaf sekiranya penampilan dirinya dianggap terlalu seksi sehinggakan membuatkan mata orang lain ‘sakit.’
Saya rasa, saya tak pernah kacau orang atau bukannya saya ini jenis suka kecam orang sana sini hanya untuk dapatkan perhatian.
Ikutkan selama ini pun saya buat hal sendiri. Tapi tak apa la, saya minta maaf kalau ada netizen lihat imej saya terlalu seksi.
Sebelum ini, Nazira ada memuat naik video mengikuti trend berpakaian seksi sambil berjalan seperti model menggunakan lagu Gaga Dance.
Dalam rakaman itu, pakaian Nazira dilabel sebagai mencolok mata kerana menampakkan kulitnya pada bahagian lengan dan perut serta skirt terlalu singkat.
Terdahulu, Yonny dan Nazira berkahwin pada 20 November tahun lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Instagram @niknazira