Istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bersama pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dijadual bermula dengan Istiadat Meletak Kerja pada 22 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Istiadat Perkahwinan Membabitkan KDPM Tengku Mahkota Pahang Ketika Ini’ – Istana Pahang
Artikel Berkaitan: ‘No Wedding, Tak Ada Kahwin..Jangan Kacau Saya’ – Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Istiadat Perkahwinan Diraja
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram rasmi Kesultanan Pahang, putera kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Utama Dr Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 Oktober 2024 di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz.
Istiadat Letak Kerja dimulakan dengan doa selamat dan majlis tahlil dengan seterusnya Istiadat Bernikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan.
Seterusnya, istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada 25 Oktober 2024 dan Istiadat Persandingan Diraja pada 27 Oktober 2024.
Istiadat Menutup Kerja Istiadat Perkahwinan Putera Diraja akan diadakan pada Isnin, 28 Oktober 2024. Semua istiadat ini akan berlangsung di Istana Abdulaziz pada 8 malam.
Istiadat disiarkan secara langsung
Difahamkan, tiga istiadat termasuk akad nikah, berinai dan persandingan akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Muzium Diraja, Pekan, Pahang.
Pelbagai acara menarik akan diadakan di kedua-dua lokasi iaitu di Dataran MBK dan di Dataran Muzium Diraja sepanjang tarikh Istiadat Perkahwinan Putera Diraja berlangsung.
Istiadat Perkahwinan Diraja itu adalah yang kedua tahun ini selepas adinda Tengku Muhammad iaitu Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar pada Ogos lalu.
Sumber: Instagram Kesultanan Pahang