Baru-baru ini, nama pengacara Shuk Sahar sekali lagi dihimpit kontroversi apabila isterinya mendakwa menerima mesej ugutan daripada seorang wanita bernama Fara. Tidak sangka masalah rumah tangga Shuk Sahar menjadi ‘bahan jenaka’ di dalam sebuah program hiburan iaitu I Can See Your Voice Malaysia musim ke-4 episod 8 bersama artis undangan Ruffedge yang sudah dirakam pada sekitar April lalu.
Artikel berkaitan: Isteri Shuk Dakwa Rumahtangga Masih Diganggu Fara, Siap Ugut Nak Terjun Bangunan!
Artikel berkaitan: ‘Memang Ada Sesuatu Yang Berlaku’ – Isteri Dakwa Rumah Tangga Masih Diganggu Fara, Ini Respon Shuk Sahar
Penyiasat jemputan iaitu Issey disifatkan sebagai keterlaluan ketika menyampaikan lawak jenaka berhubung isu curang yang didakwa pernah menghimpit pengacara itu.
‘Awak pernah curang, saya tak pernah’
Keratan gambar: YouTube TV9
Susulan itu, Issey menerusi laporan Harian Metro memohon maaf kepada Shuk atas gurauan kasar dalam program tersebut yang ditayangkan semalam. Issey memaklumkan dia tidak berniat untuk menjatuhkan maruah Shuk tetapi sudah menjadi kebiasaan mereka untuk saling bergurau.
Di dalam rancangan tersebut, Shuk telah memperkenalkan setiap tetamu jemputan sebelum memulakan permainan bagi mencari penyanyi sebenar. Pengacara itu turut memuji kehadiran Issey yang tampil kali kedua ke rancangan tersebut dan didakwa membandingkan perbezaan statusnya.
Lantas Issey membalas gurauan Shuk dengan berkata “Awak pernah curang, saya tak pernah”, suasana studio ketika itu menjadi riuh rendah dengan gurauan tersebut.
Rakaman program itu pada April lalu. Saya dan Shuk memang rapat dari dulu, malah kalau kami bergurau pun agak kasar. Saling membahan. Itu saja. Sejujurnya saya tiada niat apa-apa ketika mengeluarkan ayat itu. Malah jauh sekali nak menjatuhkan maruah dia. Begitu juga dengan Shuk. Cuma, memang itu cara gurauan kami selama ini.
Namun, diakui perkara ini salah kerana saya bergurau di tempat awam dan ia tidak sesuai. Jadi, saya nak minta maaf kepada warganet sebab ini tidak patut berlaku. Sepatutnya guraun seperti ini tidak patut dibuat secara terbuka.
Sudah minta maaf kepada Shuk
Keratan gambar: YouTube TV9
Tambah Issey lagi, setelah episod tersebut ditayangkan malam tadi, dia segera menghubungi pengacara I Can See Your Voice Malaysia itu untuk memohon maaf. Ujar Issey lagi dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Shuk dan berharap agar isu ini tidak dibesarkan lagi.
Dari dahulu sampai sekarang saya dan Shuk okay, kami tidak pernah ada masalah. Malah, ketika rakaman dijalankan pun kami siap melawak lagi. Selepas itu pun kami ada berjumpa.
Sehinggalah episod ini ditayangkan dan ia menjadi tular. Saya pun terus menghubungi Shuk dan minta maaf atas apa yang berlaku. Tidak menjangka perkara ini menjadi isu tapi dia kata okay saja. Saya harap dengan penjelasan ini semua faham dan ambil maklum. Tidak ada lagi komen yang bukan-bukan ditujukan pada saya atau Shuk. Lagi pula saya pun sudah minta maaf pada Shuk.
Secara peribadi, saya menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Video penuh
Sumber: Harian Metro