Nama pelawak dan pengacara terkenal iaitu Shuk Sahar sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah memuat naik beberapa screenshot perbualan mesej ‘ugutan’ yang dipercayai dikirim oleh seorang wanita, Fara yang pernah menjadi punca perbalahan rumah tangganya. Bukan itu sahaja, Rossa juga mendakwa ada individu tergamak menghantar benda syirik kepadanya.
Artikel Berkaitan: Isteri Shuk Dakwa Rumahtangga Masih Diganggu Fara, Siap Ugut Nak Terjun Bangunan!
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Terpadam Story Atau Feed Semua, Bukan Saya Yang Padam’ – Isteri Shuk
Susulan daripada itu, Shuk Sahar tampil membuka mulut menceritakan kejadian sebenar yang berlaku.
‘Kami berdua okay sahaja’
Memetik laporan Kosmo, Shuk Sahar mendakwa bahawa hubungannya bersama isteri dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak seperti yang orang lain sangkakan. Malah, Shuk turut mendakwa mesej perbalahan dan gambar ugutan bunuh diri yang dikongsikan Rossa di Instagram sebenarnya adalah kiriman lama yang pernah diterimanya sebelum ini.
Sebenarnya, memang ada ‘sesuatu’ yang berlaku ketika itu. Tetapi setakat ini semuanya masih okey.
Sebenarnya itu semua mesej-mesej lama ketika berlaku masalah kali kedua sekitar tahun Julai lalu. Tidak ada apa yang hendak diperbesarkan. Kami berdua okey sahaja.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai posting Rossa yang mendakwa ada individu menghantar ‘santau’ kepadanya, Shuk sedia maklum dengan perkara itu tetapi dia tidak tahu siapakah ‘dalang’ di sebaliknya.
Ya, saya tahu (dihantar benda syirik). Tetapi saya tidak tahu siapa hantar, tidak mengapa sebab kita ada Allah SWT.
‘Lambat lagi’
Tidak terhenti di situ, ketika diminta memberi respon tentang ‘kebenaran’ yang pernah diberikan Rossa untuk berkahwin lagi, Shuk seakan ‘menolak’ dan memberi bayangan seperti dirinya tidak akan berkahwin lagi tetapi semuanya bergantung pada jodoh.
Lambat lagi. Jodoh semua di tangan Tuhan.
Difahamkan, Rossa telah memadamkan kesemua posting yang dimuat naiknya di Instagram atas kerelaan sendiri dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
Sumber: Kosmo