berita

Isu Cerai : Izreen Azminda Makin Kurus Kerana Makan Hati?

June 5th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-04 at 9.54.32 PM

Siapa sangka, disebalik keletah lucu watak Indah yang dibawanya dalam drama ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’, Izreen Azminda sebenarnya menyimpan kisah duka di hati.

Bagaikan sinonim dengan tajuk drama tersebut, kontroversi mengenai lafaz cerai oleh suaminya, Riza di set penggambaran masih menjadi perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Izreen Azminda Diceraikan Suami Di Lokasi Penggambaran

Bersedia memegang status single, susuk tubuh Izreen juga dilihat semakin kurus dan ianya dikatakan berpunca daripada tekanan perasaan yang dialaminya.

Screen Shot 2014-06-04 at 9.56.29 PMIzreen Azminda dan putera kesayangannya, Andrian Umar

“Jujur saya akui, perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan saya. Tetapi saya lebih suka bersikap positif dan enggan mengambil pusing ‘cakap-cakap belakang.”

Mahu meneruskan kehidupan seperti biasa, Izreen ketika ditemubual oleh Sinar Harian memberitahu bahawa dia mahu memberikan perhatian kepada anak tunggalnya, Andrian Umar.

“Tiada siapa yang mahukan kehidupan sebegini apatah lagi anak masih kecil dan tidak memahami apa yang berlaku. Selepas bercerai, saya tidak menghalang Riza untuk bertemu dengan anaknya dan tiada sebarang tuntutan hak penjagaan Adrian. Saya mahu kami sama-sama besarkan Adrian agar anak kami tidak berasa tersisih biarpun kami berpisah.”

Tidak mahu berpisah lama dengan anak kesayangannya, Izreen mengatakan bahawa dia juga terpaksa menolak tawaran drama dan akan mengambil cuti sepanjang bulan Ramadhan.

Apapun, diharapkan agar Izreen dan suamiya dapat mencari penyelesaian terbaik buat mereka bertiga.

P/S: Sangat suka dengan lakonan Izreen. Bernyawa, berjiwa.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×