berita

Isu Cinta Dengan Adik Farid Kamil Ditokok Tambah, Yana Samsudin Kesal Dengan Penulis Tak Beretika

April 10th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-09 at 5.37.14 PM

Sedar atau tidak, pada tanggal 26 Februari yang lalu, genap sedekad Yana Samsudin bergelar sebagai seorang anak seni yang semestinya tidak lekang dihambat dengan gosip dan kontroversi.

Mana taknya, sebelum ini Yana pernah dikatakan bercinta dengan beberapa orang pelakon popular seperti Farid Kamil dan Pierre Andre.

Tidak cukup dengan itu, menerusi laporan Utusan, hubungan rapatnya dengan adik kepada Farid Kamil, Fadzil Zahari telah diperbesarkan oleh seorang penulis blog sehingga membuatkan dirinya berasa rimas dengan situasi tersebut.

“Saya tidak berkata saya sedang bercinta dengan Fadzil ataupun mengulas lanjut perkara itu. Cuma ada seorang penulis yang telah menokok tambah dan memperbesar-besarkan cerita tentang gosip saya dan Fadzil itu.

Sedangkan ketika itu ada ramai lagi wartawan dari surat khabar harian dan tabloid yang pada masa sama menemu bual saya. Mereka (media lain) mendengar apa yang saya katakan dan saya tidak kata macam yang penulis blog itu tulis.

Saya kesal kerana pengakuan saya itu ditokok tambah. Sedangkan wartawan-wartawan akhbar lain tidak menulis pun tentang gosip itu.”

Screen Shot 2014-04-09 at 5.39.34 PM

Fadzil Zahari ada menghubungi Yana Samsudin berkenaan gosip tersebut

Berikutan gosip tersebut, Yana memberitahu bahawa dia telah diajukan pertanyaan oleh pelbagai pihak termasuklah daripada Fadzil sendiri.

“Malah, ada seorang wartawan dari surat khabar tabloid harian yang menghubungi saya selepas itu. Katanya, dia telah dimarahi oleh penyuntingnya gara-gara tidak mendapat berita eksklusif tentang hubungan saya dengan Fadzil seperti yang diperoleh penulis blog berkenaan.”

Yana turut menyatakan kekesalannya di atas isu tesebut lantas mendakwa terdapat segelintir penulis yang kurang beretika dan tidak bertanggungjawab.

“Saya kesal dengan penulis yang menulis sesuka hati. Mungkin mereka belum ada akta atau undang-undang macam Akta Mesin Cetak dan Elektronik yang boleh menjadikan mereka beretika sedikit.”

Bagaimanapun, pelakon berusia 29 tahun ini tidak menafikan bahawa dia sudah mengenali jejaka tersebut semenjak Fadzil masih bergelar sebagai pembantu peribadi Farid Kamil.

Dalam pada itu, Yana yang baru sahaja menamatkan kontraknya bersama MIG itu turut memaklumkan bahawa dia baru sahaja selesai merakamkan sebuah lagu duet dengan Tomok berjudul Cinta Tak Pergi.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×