Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan memberi pandangan tentang isu curang yang sedang berlaku di dalam industri hiburan ketika ini.
Artikel Berkaitan: Muzik Video Dulu, Kini & Akhirnya Bikin Penonton Menitiskan Air Mata – ‘Mirza Sebenarnya Ada 4 Isteri?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pernah Ulas Isu Curang Rumah Tangga Orang Lain, Netizen Minta Alif Teega Cermin Balik Diri Sendiri Sekarang
Pandangan Marsha
Ketika ditemui OhBulan! Marsha atau nama lengkapnya Marsha Milan Londoh berpendapat seseorang itu perlulah selektif dalam memilih teman dan elakkan daripada melibatkan diri dengan isu tersebut.
Bagi saya, keep your circle small. Bersamalah dengan orang-orang yang boleh memberi motivasi dan memahami keadaan kita.
Just keep quiet, tak payah kita nak beria-ria libatkan diri. Sebab saya rasa diri kita sendiri pun banyak perkara yang perlu diselesaikan. Itu di antara mereka sahaja.
Sementara itu, penyanyi berusia 38 tahun tersebut sempat menitipkan kata-kata semangat buat Bella Astillah yang kini sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga.
Mengenali Bella, saya rasa dia adalah seorang yang sangat kuat. Saya pasti bukan sahaja Bella, ramai juga pernah terlibat dalam situasi yang sama.
Jadi bagi saya, ini adalah salah satu pengalaman hidup yang Allah nak uji dan duga kita. Itulah pentingnya untuk kita mendekatkan diri lagi dengan Allah. Sebab itu sahaja yang buatkan kita kuat.
Marsha berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas baru-baru ini ketika mempromosikan single terbaharunya berjudul Dulu, Kini dan Akhirnya yang merupakan runut bunyi untuk drama Lelaki Itu.
Dalam pada itu, melihat kepada situasi pergolakkan rumah tangga yang berlaku, Marsha meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan sentiasa menyokong kerjayanya.
Suami saya sangat baik orangnya. Dia tak pernah buat saya rasa curiga walaupun saya selalu keluar bekerja tapi dia tetap memahami.
Dia banyak bagi semangat dan nasihat. Dia pun selalu memberikan suntikan positif kepada saya yang bergelar isteri dan penyanyi ini.