berita

Isu Dakwaan Pergi Kelab Hiburan ‘Gay’, Hael Husaini Tenang Kendali – ‘Saya Tak Mahu Diri Dibelenggu Dengan Isu Tersebut’

January 5th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Nama Hael Husaini pernah ‘panas’ di media sosial selepas penyanyi dan komposer terkenal ini didakwa pergi berseronok di sebuah kelab hiburan ‘gay’ di Itaewon Korea, sekitar awal bulan November tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Dakwa Hael Husaini Pergi Kelab Hiburan ‘Gay’ Di Korea, Pengurus Ambil Tindakan Penyebar Fitnah

Saya terpaksa berahsia

Ketika ditemui OhBulan!, Hael dengan raut wajah yang tenang menjawab kontroversi panas yang sedikit sebanyak telah mencalar imej baiknya.

Kata Hael, 35, kemungkinan boleh timbul fitnah itu disebabkan ramai pihak yang tidak tahu tujuan sebenar keberadaan dia di Korea Selatan.

Allahu…Mungkin benda itu terjadi kerana orang tak tahu kenapa kita berada di sana. Iyalah, saya termasuk beberapa rakan artis lain yang terlibat dalam program Master In The House Malaysia, kami tak dibenarkan untuk beritahu pada umum.

Maksud saya, mengenai pembabitan kami dalam program tersebut di sana. Kami diminta untuk berahsia. Tetapi, bagi saya, kini semuanya sudah terungkai.

Serah sepenuh kepada pihak pengurusan

Ditanya sama ada dia berasa kecewa dengan tuduhan tidak berasas itu, pemilik nama Hal Husaini Razmi enggan dibelenggu dengan isu tersebut dan memilih untuk memberi fokus sepenuhnya kepada program.

Tak apalah. Sebenarnya, sepanjang berada di sana, saya pun tak mahu diri dibelenggu dengan isu tersebut. Saya tak nak hilang fokus dan konsentrasi untuk menjayakan program itu di sana.

Dalam pada itu, pelantun lagu Kelentang Kelentong tidak ingin mengambil tahu urusan saman dan menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk memfailkan terhadap individu yang menyebarkan fitnah tersebut.

Saya tak tahu dan tak nak ambil tahu. Benda yang berlaku tempoh hari sudah saya serahkan kepada pengurusan saya dan rasanya, mereka lebih pakar dalam mengendalikan hal seperti ini.

Macam saya katakan tadi, sepanjang berada di sana, saya harus fokus dan penggambaran juga berlaku dari waktu pagi hingga ke pagi. Jadi, saya tentunya lebih memerlukan fokus dan tenaga untuk menjayakan program tersebut.

Hael berkata demikian semasa ditemui pada sidang media program berkenaan yang diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Pusat Membeli Belah One Utama, Damansara, semalam.

Untuk perkembangan terkini, Hael bakal muncul dalam program Master In The House Malaysia bersama Sharifah Rose, Scha Elinnea, Andi Bernadee dan Meyrasam.

Empat peserta ini akan berguru dengan ‘Master’ dari Malaysia dan Korea iaitu BamBam, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rashid Sidek, koreografer kumpulan Kpop BTS iaitu Son Sung Deuk, Sherson Lian dan Usamah Zaid.

Master In The House Malaysia bakal menemui penonton mulai 15 Januari ini, setiap Sabtu jam 10 malam.

Sumber: Instagram @haelhusaini

SKIP THIS AD ×