berita

Isu Escort Girl: Tasha Shilla Desak TV3 Mohon Maaf

February 17th, 2015 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-02-17 at 11.02.43 AM

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa 10 orang selebriti wanita terlibat dengan kegiatan escort girl.

Berikutan isu tersebut, pada 8 Februari yang lalu, salah sebuah rancangan hiburan TV3, Melodi telah menemubual Tasha Shilla yang dikatakan mungkin terlibat dengan aktiviti tersebut.

Artikel Berkaitan: Tasha Shilla Salah Seorang Artis Diburu Polis?

Terkini, Tasha Shilla yang diwakili peguamnya, Fahda Ahmad Kamar telah menghantar notis amaran dengan mengemukakan tiga tuntutan kepada TV3.

Screen Shot 2015-02-17 at 11.02.27 AM

Tiga Tuntutan Kepada TV3

“Kami telah menghantar notis kepada pihak TV3 pada Jumaat lalu dengan mengemukakan tiga tuntutan iaitu menuntut agar TV3 memberi ruang kepada Tasha untuk membersihkan namanya daripada isu escort girl, permohonan maaf dan Melodi berjanji untuk tidak membangkitkan lagi isu berkenaan.”

Tasha Shilla Belum Terima Respon

“Setakat ini, kami belum menerima apa-apa lagi respons daripada pihak TV3 dan menetapkan tempoh selama dua minggu kepada mereka untuk memberi maklum balas berhubung tuntutan berkenaan.”

Sumber: mStar Online

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×