Pihak penganjur acara Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) tampil memohon maaf secara terbuka kepada Siti Nordiana susulan tindakan mengugurkan satu lagu yang sepatutnya dinyanyikan penyanyi tersebut.
Artikel Berkaitan: Wajah Siti Nordiana Tiada Dalam Poster, Peminat Marah Penganjur Batalkan Persembahan Saat Akhir?
Artikel Berkaitan: ‘Sentiasa Terbuka Untuk Bekerja Dengan Mana-Mana Penyanyi Lelaki Atau Wanita’ – Siti Nordiana
Mohon maaf secara terbuka
Menerusi laporan sidang media yang tular, pihak penganjur berkenaan memaklumkan lagu berjudul Bakawali yang sepatutnya disampaikan Siti Nordiana di segmen kedua terpaksa digugurkan kerana berlaku masalah ‘running order’.
Malah, penganjur mengakui silap di atas kecuaian dan kekhilafan pihak mereka.
Kecuaian
Sementara itu, satu lagi pihak yang bertanggungjawab menyiapkan poster pada acara tersebut turut tampil memohon maaf susulan tidak menyiarkan wajah penyanyi berusia 39 tahun itu di skrin LED.
Kata pihak berkenaan, pengarah syarikat yang dilantik terlepas pandang untuk meletakkan wajah Siti Nordiana.
Terdahulu, segelintir peminat meluahkan rasa marah dan berang apabila penyanyi itu hanya diberikan peluang menyampaikan satu lagu sahaja semasa Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan Konsert Ambang Tahun Baharu 2024 yang berlangsung baru-baru ini.
Malah, wajah pelantun lagu Terus Mencintaimu itu juga didakwa tiada dalam poster LED yang dipaparkan di pentas.