Baru-baru ini viral apabila satu rakaman video menunjukkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein didakwa sedang menghisap vape di dalam Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, Menteri Luar Negeri sudah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Artikel Berkaitan : Hisap Vape Dalam Sidang Dewan, Hishammuddin Hussein Mohon Maaf
Terbaru, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia meluahkan rasa kecewa dengan tindakan menteri tersebut yang boleh mempengaruhi orang awam. Pihak KKM juga berharap agar orang ramai tetap patuh undang-undang selain menangani Covid-19 bersama-sama.
Kecewa langgar undang-undang
Sedih. Antara orang yang berjuang untuk membebaskan Parlimen daripada asap rokok (termasuk vape) adalah Dr Hisham. Ketika itu, pelbagai desakan daripada ahli parlimen parti kerajaan dan juga pembangkang yang cuba menentang polisi larangan merokok di parlimen.
Namun ianya berjaya dilaksanakan juga akhirnya dan ianya masih kekal sehingga hari ini. Dan pada waktu yang sama, polisi bebas asap rokok di restoran dilancarkan. Undian PHM terhadap polisi ini menunjukkan sokongan 95% rakyat Malaysia pada ketika itu. 95%!
Pihak KKM luah terkilan apabila ada pemimpin negara yang sepatutnya memberi contoh baik tidak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Polisi larangan merokok ini sudah dikuatkuasa sejak tahun lepas namun dilihat semakin longgar sejak kebelakangan ini.
Kita mampu jayakan Malaysia bebas rokok
Kita semua sangat berterima kasih pada kerajaan sekarang di bawah PM TS Muhyiddin Yassin dan DS Dr Adham Baba. Sehingga hari ini, polisi KKM tersebut masih kekal. Undang-undang tersebut sangatlah cantik. Namun apalah undang-undang jika tiada penguatkuasaan.
Adalah diharapkan agar kerajaan dapat mempertingkatkan lagi penguatkuasaan tanpa kompromi dan juga meningkatkan kesedaran rakyat tentang undang-undang. Jika kita mampu mengatasi Covid-19 dengan SOP, kita pastinya mampu menjayakan Malaysia Bebas Asap Rokok dengan SOP.
Dalam pada itu, KKM mengingatkan orang ramai agar terus patuh kepada undang-undang negara walaupun tiada penguatkuasaan ketat ketika ini.
Sumber : Public Health Malaysia