berita

Isu Ibu Bapa Pertikai Anak Dapat Duit Raya Sikit, Fatin Afeefa Luah Rasa Geram – ‘Haram Guna Duit Anak’

April 16th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa geram apabila ada golongan ibu bapa yang mempertikaikan jumlah duit raya yang diterima anak.

Artikel berkaitan: Fatin Afeefa ‘Sindir Halus’ Geng Tolak ‘Stroller’ Ke Bazar Ramadan – ‘Terdedah Dengan Virus, Sesak Nafas Bau Asap’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Aliff Awang Dedah Sudah Tinggalkan Dunia Forex? – ‘Aku Dah Setahun Tak Buat Benda Bod*h Tu’

Haram guna duit anak

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Fatin mengingatkan para ibu bapa bahawa haram hukumnya berbelanja menggunakan duit kepunyaan anak.

Haram guna duit raya anak untuk beli barang keperluan seperti diaper, susu, barang sekolah, tukar sportrim, servis kereta, isi minyak atau apa-apa lah.

Kepada ibu bapa yang mengeluh ramai kedekut bagi duit raya seringgit, minta jaga maruah. Peminta sedekah tidak boleh memilih.

Dalam hantaran lain, pelakon filem Tentang Bulan ini turut menyifatkan tindakan ibu bapa tersebut sebagai memalukan.

No hate cuma sakit hati tengok mak bapak tak ada common sense update anak dapat duit raya seringgit je. Dok kutuk orang kedekut la apa la. Tak malu ke?

Hang la bagi duit dekat anak hang patutnya. Gila.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×