Susulan isu jemaah terkandas dan gagal diterbangkan ke Makkah kerana didakwa ditipu sebuah syarikat pengendali umrah, pengarah dan penerbit, Michael Ang terpanggil untuk bersuara.
Artikel Berkaitan: Michael Ang ‘Respect’ Zahnita Wilson Tak Buka Aib Pasangan, Harap Selebriti Lain Contohi – ‘Bukan Semua Untuk Diceritakan’
Artikel Berkaitan: Michael Ang Selar Tindakan Pempengaruh Berbalah Di Media Sosial Lepas Bercerai – ‘Apa Punya Bod*h Manusia, Macam Budak-Budak’
Ditawar tajaan
Michael, 55, mendedahkan, dia pernah ditawarkan oleh syarikat tersebut untuk mengerjakan umrah secara percuma, namun menolak tawaran itu kerana tidak terbuka hati.
Sebaliknya, selepas isu penipuan atau ‘scam’ timbul, Michael meluahkan rasa syukur kerana membuat keputusan yang tepat.
Nasib baik tak ambil tawaran mereka yang nak sponsor saya pakej VVIP pergi umrah. Kalau tak, jenuh saya menjawab fasal scam.
Mereka hubungi saya melalui DM IG atau TikTok nak taja pakej VVIP dan minta saya cuma buat video ketika di sana (Makkah).
Fasal bayaran mereka nak bagi tunai dan ajak saya berjumpa. Nasib baik saya abaikan mesej mereka dan tak balas. Tak tergerak hati nak terima tawaran mereka.
Michael berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.
Rasa simpati
Dalam perkongsian sama, Michael turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib jemaah yang menjadi mangsa penipuan syarikat terbabit.
Tak baik menipu bab umrah, tak rasa serba salah ke tengok mak cik dan pak cik itu menangis?
Saya juga rasa simpati kepada yang kena scam terutama mak cik dan pak cik. Bersabar lah.
Terdahulu, kira-kira lebih 300 jemaah umrah terkandas apabila mereka dijanjikan untuk diterbangkan ke tanah suci namun ditunda oleh sebuah syarikat pengendali umrah.
Tidak lama kemudian, Pengarah Urusan Syarikat tersebut tampil memohon maaf dan akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
Sumber: Instagram