berita

Isu Kahwin 6 Minggu: I Pun Nak Prada, Nak LV, Nak Ferragamo….

July 6th, 2015 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2015-07-06 at 11.34.50 AM

Minggu lalu kecoh apabila kisah rumahtangga sepasang suami isteri yang mula goyah kerana dikatakan lelaki tersebut mempunyai orang ketiga walaupun baru 6 minggu berkahwin.

Ramai yang mengutuk tindakan lelaki berkenaan yang mengatakan bahawa dia tidak nampak wajah isterinya sewaktu solat Istikharah dan seolah-olah dipaksa berkahwin, sekaligus menyalahkan isterinya yang disifatkan materialistik.

Artikel Berkaitan:

Kisah ini seterusnya mendapat perhatian Tun Fiqa Mohammad yang berkongsi ilmu suaminya mengenai tanggungjawab berumahtangga yang paling ‘deep’ di laman Facebook.

Semoga para lelaki mendalami indahnya akhlak Rasulullah sebagai suami

My heartfelt condolence. Share bukan utk aibkan sesiapa tapi utk jadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.

Semoga para lelaki mendalami indahnya akhlak Rasulullah sebagai suami dan ketua keluarga sebelum berkahwin.

My husband always remind me that ‘love is not just about feelings, its commitment’. How 2 person commits to give their best, whatever it takes.

I pun nak Prada nak LV nak Ferragamo

Looking at ths two, i guess im a bit demanding as well.. I pun nak Prada nak LV nak Ferragamo.. But my husband cakap, mengikut Islam, when he takes me, he takes up the responsibility to fulfill my wants and needs.. Tp i pun tak ada lah minta bukan2 frm my husband bcz i pun kerja so i can afford what i want with my own money.. Ni lah dipanggil EHSAN.

Tanggungjawab suami…

Tahu tak tugas dalam rumah ialah tanggungjawab suami? Tahu tak dlm Islam ada bahagian nafkah utk wangian dan perhiasan isteri? I taktahu, Saif yg beritahu.. Tahu tak, kalau isteri dah biasa bersenang jadi tanggungjawab suami utk sediakan maid? Itu pun Saif beritahu..

Kenapa Saif tahu bcz he reads alot, he listens alot.. Dia bukan lelaki yg besar kepala dan bentuk marriage ikut kepala dia je dengan verdict, ikut hukum agama isteri kena patuh pada suami! Tak, Rasulullah tak berkeras dgn isteri, Baginda suami penyayang, kongsi selimut, bergurau senda, pergi pasar kemas rumah, what does that tell u? It means he was a loving man, responsible and tolerates in marriage.

Tanggungjawab isteri…

Tanggungjawab isteri dlm Islam ialah menjaga suami, menjaga harta suami sepanjang pemergian dan menjaga kehormatan diri.. Kerja rumah tu ehsan isteri, jaga anak tu ehsan, duit isteri dalam household ialah sedekah dari isteri. Tak percaya? Dalamilah ilmu agama berkaitan perkahwinan.. Jgn tahu nak kawin je lepas 6 minggu dah macam2 jadi..

Kalau mutually dah agree to swap duties, itu persetujuan antara suami dan isteri. EHSAN. Ini rumah bersepah marah isteri pulak instead of buat jugak. Susu anak pun tak reti nak buat. Memang tanggungjawab lelaki besar. Sebab tu, kalau tak sanggup, fikir byk kali sebelum kawin.

Apa itu Ehsan?

Indahnya perkahwinan bila suami jadikan akhlak Rasulullah sebagai his way of life and core of action.. Ni tak, kutip sunnah tang kawin 4.. Imamkan isteri solat pun entah ada ke tak.. Kerja rumah serah bulat2 kat isteri..

Duit sendiri perabih kat main bola, lepak dgn kawan, rokok. Duit isteri guna beli pampers duit dapur. Duit isteri bayar rumah bayar kereta. Itu semua tanggungjawab suami. Macam mana rezeki keluarga nak bertambah kalau isteri bagi duit dlm tak ikhlas dlm marah sbb suami tak berikan nafkah dia malah ambil pulak lagi dr dia bahagian yg sepatutnya tanggungjawab suami? Again, if the parties dah agree to swap responsibility, itu lain. Thats EHSAN.

Susah kan jadi lelaki?

Susah kan jadi lelaki? Sebab itu lah digalakkan kahwin dari kalangan sekufu. Tapi zaman sekarang, entahlah.. Kita kata kita islam, tapi kita pilih2 panduan yang mana nak ikut.. Sedih kan.

Kalau Rasulullah tengok agaknya Baginda sedih tak? Ini ke Umat yg dia rindu dan sebut berkali2 sebelum wafat tu.. Ini ke umat yg nak diberi syafaat tu. Ingatan buat sendiri dan semua, jom kita tepuk dada tanya iman.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×